I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 22, 2010

Projek Pembenihan Udang Galah














Udang galah ( Macrobrachium Rosenbergii )

PROJEK pembenihan udang galah sememangnya berpotensi besar untuk dimajukan tetapi bukanlah calang-calang orang mampu melaksanakannya dengan jaya kerana ia memerlukan seseorang yang cekal, betul-betul berminat dan berpengetahuan. Itulah yang terdapat pada diri seorang anak muda dari Kampung Yuh, Air Mawang, Johol dekat Kuala Pilah, Mohd Haiezack Zolkople, 30, yang kini boleh bergelar antara 10 usahawan benih udang galah negara.

Beliau kini mengusahakan projek pembenihan udang galah di kawasan seluas 2.43 hektar di Kampung Yuh yang menempatkan 13 buah kolam tanah, 12 buah kolam fiber 2x4, 10 buah kolam simen 2x4 dan 14 buah kolam simen bulat.

Minat untuk menceburi bidang ini timbul apabila mendapati kurangnya penglibatan usahawan muda bumiputera di negeri ini.

"Selain sokongan ibu bapa, saya juga menerima galakan dan khidmat nasihat daripada Jabatan Perikanan untuk menjalankan projek pembenihan udang galah ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Kini anak sulung daripada empat beradik ini memiliki sendiri Syarikat Kemudi Ekspansi Sentral Sdn Bhd untuk projek pembenihan udang galah.

"Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium Rosenbergii merupakan antara hidupan ternakan air tawar paling popular di Malaysia dan harga pasarannya sekarang mencecah RM42 sekilogram.

TIADA PERSAINGAN

Berkelulusan dalam bidang komputer, perakaunan dan perniagaan dari Binary Business School College, Kuala Lumpur, Haiezack pernah mengikuti kursus akuakultur di Institut Akuakultur Marin Pulau Sayak, Kedah, selain belajar pembenihan udang galah di Thailand.

Beliau memulakan projek itu sejak awal 2009 dengan menggajikan lapan pekerja.

"Secara keseluruhan, kos permulaan projek ini berjumlah RM850,000, yang meliputi pembinaan infrastruktur, kos semasa operasi, mesin, penyediaan sistem pengaliran, kolam tanah, alat pengudaraan dan lain-lain," katanya.

Projek pembenihan ini jika dilihat dari sudut positif, memang tiada persaingan langsung kerana pengusaha yang menjalankan pembenihan udang galah di seluruh Malaysia tidak sampai 10 orang.

Kebanyakan penternak di kawasan selatan Malaysia membeli benih udang galah dari Perak dan Kedah.

"Di Negeri Sembilan sahaja, terdapat 200 buah kolam pembenihan udang galah. Keperluan benih udang galah bagi sebuah kolam ialah 20,000 benih. Maka 200 kolam memerlukan 4 juta benih setiap pusingan.

"Bekalan benih udang galah pada masa ini tidak mencukupi bagi menampung permintaan kolam tersebut," katanya.

Mengenai harga benih udang galah, beliau berkata harga di pasaran adalah 6 sen seekor.

PERMINTAAN SENTIASA TINGGI

"Saya berharap dengan adanya hatchery udang galah ini akan dapat membantu menampung keperluan pasaran dalam dan luar negeri. Perlaksanaan projek ini akan dapat membantu penternak tempatan menangani masalah kekurangan benih di samping memesatkan lagi aktiviti akuakultur negara," katanya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan dalam perancangan perniagaan ini, didapati bahawa projek ini mempunyai daya ekonomi yang baik.

Perkembangan yang pesat dalam industri akuakultur seharusnya dilihat sebagai suatu yang positif dan berdasarkan tempoh pulangan yang cepat dan lumayan dari industri ini dapat secara langsung membantu meningkatkan ekonomi penduduk kampung dan negeri ini.

"Permintaan untuk udang galah memang sentiasa tinggi. Ini berikutan peningkatan taraf hidup dan penambahan pendapatan penduduk Malaysia, seterusnya meningkatkan daya beli, di samping masing-masing mempunyai peruntukan yang lebih untuk program rekreasi (memancing di kolam berbayar). Peningkatan harga dan permintaan ini seterusnya merangsang ramai penternak ikan menukar kepada ternakan udang galah," katanya.

PROSES PEMBENIHAN PERLU PERHATIAN

Mohd Haiezack berkata proses pembenihan udang galah memerlukan perhatian rapi 24 jam.

Setiap pusingan untuk proses proses pembenihan udang galah adalah antara 25-30 hari yang bermaksud ada 10-12 pusingan dalam setahun.

Beliau memperoleh induk udang untuk penetasan benih udang galah dari Sg. Kuala Muda dan Sg. Rompin. Seekor induk udang galah betina yang mempunyai berat badan 100-200 gram boleh menghasilkan minimum 30,000 telur.

"Selepas penetasan, larva akan dikira melalui teknik persampelan dan dimasukkan dalam tangki ternakan. Sebanyak 1 juta larva akan dimasukkan ke dalam kolam simen 2x4 mengikut kepadatan biasa. Parameter seperti suhu, saliniti, oksigen, pH dan amonia hendaklah sentiasa dipantau supaya berada dalam keadaan memuaskan.

"Buat masa sekarang, saya dapat menghasilkan 7 juta benih udang galah. Peratus kematian benih udang galah adalah rendah iaitu 20 peratus manakala benih yang dihasilkan juga berkualiti tinggi kerana kadar tumbesarannya adalah cepat. Ia mencapai saiz sesuai untuk dipasarkan dalam masa 25 hari," katanya.

Benih udang galah dimasukkan dalam beg plastik khas dan pembeli akan datang untuk mengambilnya.

Bagaimanapun, masalah yang kerap dihadapi penternak ialah terpaksa melalui perjalanan yang jauh untuk mendapatkan benih udang galah dan berdepan dengan risiko benih udang galah mati dalam perjalanan. - BERNAMA

(petikan mstar online 23/1/2010)

p/s : agak2 brapa modai dia habis buat projek ni aa?.....

5 comments:

  1. asyik cite pasal org je....bila nak cite pasal diri sdiri nie tok.....

    ReplyDelete
  2. hehehe rm850k. boleh datang melawat jika berminat nak membela udang dalam kolam tanah.. bleh contact saya di haiezack@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Sabar checkciboo..mesti tok batin tgh ushar2 jalan nak wat kolam tuh skang nie...nnt dah siap senang kita dok tu mancing lak nanti...

    ReplyDelete
  4. Mohamad khairul zolkople ngn Mohd Haiezack zolkople tu org yang same ke bro?kompius nih..

    ReplyDelete
  5. SAYA CARI FROZEN UDANG GALAH,HOSO
    kg/pcs 10-15,,ada stock tolong info

    pt,imta muze indonesia
    E-mail:gyo.iwata@gmail.com
    iwata_samshin@hotmail.co.jp
    h/p : 0813 8682 9888
    iwata,jakarta

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails