I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 12, 2009

Memancing udang harimau kolam Bayar....

Salam...
lama dah x pergi mancing udang harimau
(Penaeus Monodon) kat kolam kimi, petaling utama..
satu pasai masa x mengizinkan dan yang paling utama, langkah pengurangan kadar perbelanjaan.. defesit fiskal ka pa ntah kjaan panggil.. hahahaa..
satu jam rm 15.00
paling kurang pun mancing 2-3 jam..
umpun2 sekor (bsar) rm 10.00
makan + minum lg....
tu yang betara guru dok membebel tu.. hahaha...
so, buat masa skrang, bila dah rasa lapang skit, bleh la p sana lg...
ni saja nak postkan gambaq2 masa g mancing kat kolam kimi ari tu...

960 gram... lg 2 ekor baru sampai sekilo ni...
saiz ada yang kasar dan kecik.. campor2...

Ni yg paling besar, 78 gram...
puas ati dia punya lawan wooo...

So, kesimpulannya, mmg layan la mengail udang harimau kolam bayar ni...
cuma, xbleh la p kerap2.. gunung pun runtuh.. hahaha...

Operasi 'Pisang' - Ikan makin Pupus

Assalamualaikum..
Semalam (13/12/2009) aku ngan ahli komplot yang lain yang terdiri daripada checkciboo,
jaha dan 2 orang kwnnya telah menganjurkan satu trip yang diberi nama 'operasi Pisang'.
Lokasi sasaran pada malam td adalah jeti Jabatan laut, Pulau Indah, Klang.
Tp, nak jadi crita, mungkin air x brapa nak cantek, hasil yang diperolehi adalah sedikit kurang memberangsangkan.
Dari pemerhatian aku melalui trip yang sebelum2 ini pun mmg hasil kalo setakat memancing tepi pantai kat area pelabuhan klang ni, jarang sekali dapat menaikkan sampel2 ikan yang bersaiz kasar. Yang ada cuma anak2 ikan ja..

pisang emas dibawa setandan,
habis dimakan diatas jeti,
baling umpan ikan xmau makan,
pisang habis, sakit hati....

hahahaha...
padan muka kami...

Checkciboo dan jaha sedang tekun menganalisis kadar getuan ikan yang sedang mengganggu umpan..

Setelah lebih kurang sejam 1/2 membangau, akhirnya sampel spesimen pertama dapat dinaikkan.
ikan tenggerong..

Sampel ikan ke2 yang menyusul kemudian.. ikan Buntal / puffer fish ( Tylerius spinosissimus)...
checkciboo tgh kaji mcm mana nak cabut matakail kat dlm mulut ikan ni... hahaha

Ikan ke4 yang berjaya dinaikkan.. ikan Gelama ( Nibea soldado)..
Yang ke3 pun ikan tenggerong gak..

Destinasi ke2...
singgah kat membe blok aku yang memancing kat bawah jambatan Pulau Indah...
komplot tu terdiri daripada ujang, ajis dan mie..
(gambaq lama - time siang)

nak kena turun naik tangga tu..

siang cerah, malam gelap gelemat..

Ni antara hasil malam td... ikan Ubi..
Konpius gak mcm mana ikan ubi ni bleh sampai sini... air masin dah sini woo..
slalunya ikan ubi ni bleh didapati sekitar sungai, lombong dan tasik ja...

Ikan gelama yang bdak2 blok aku dapat smalam..
smua
ikan gelama..
Dan yang pasti, semua ikan2 yang dinaikkan adalah berskala kecil...
Oleh yang demikian, kesimpulannya, kita cuba lg di trip yang lain plak... hahaha...

Tuesday, December 8, 2009

Khidmat pembersihan...

Assalamualaikum...

Ni aku nak promete skit tentang servis oleh bro kat atas ni...
Dia ni mmg pakar dalam aspek perbersihan..
Xkira la jalan, halaman rumah, pejabat, lebuhraya, dan lain2 termasuklah halaman blog...
Aku mmg dah lama guna khidmat bro ni...
tu pasal aku punya blog ni kurang skit dia punya sawang... hahahaha...
So kepada rakan2 blogger yang lain, kalo rasa2 dah lama xberupdate blog tu, bleh la
call aku untuk mendapatkan khidmat mamat ni... hahaha..
especialy ikutdaymay... xpa nanti aku ejas harga ngan brader ni...

jauh datang ni..
Related Posts with Thumbnails