I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 3, 2010

Spesis Terancam - Burung Ayam-Ayam


jantan


betina

Burung Ayam-Ayam / watercock (Gallicrex cinerea)

STATUS

Akta 76/72, diperlindungi.


Burung ayam-ayam ini merupakan spesis yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar 1972, dan mereka yang menangkapnya boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Burung
jantan mempunyai bulu badan yang berwarna kehitaman dengan jalur putih pada bahagian bawah tongkeng. Paruh berwarna kuning, bahagian bawah paruh berwarna merah dengan balung merah yang panjang pada bahagian atas kepala. Tongkeng dan bahagian atas pangkal ekor berwarna coklat cerah. Semasa di luar musim membiak, burung jantan menyerupai individu betina dewasa luar musim membiak tetapi bahagian bawah badan menunjukkan satu jalur yang lebar.

Bagi burung betina pula , bahagian
atas badan berwarna coklat gelap, bahagian hujung bulu berwarna kuning pucat serta bahagian belakang tengkuk, atas belakang badan dan pangkal sayap berwarna kelabu. Bahagian sisi kepala individu ini berwarna kuning pucat manakala bahagian pipi berwarna coklat. Bahagian bawah badan berwarna putih ke kuning pucat pudar di mana warna kuning pucat ini adalah lebih gelap pada bahagian bawah hadapan tengkuk dan bahagian bawah pangkal ekor. Bahagian rengkong dan tengah perut berwarna putih. Kaki dan paruh berwarna kehijauan. Semasa di luar musim membiak, bahagian bawah badan betina dewasa mempunyai jalur-jalur yang jelas.

SAIZ

Panjang keseluruhan individu dewasa adalah di antara 36.0 - 42.0 sm. Berat 200-650 g.


MAKANAN

Serangga, ketam, amfibia, ikan dan tumbuhan.

HABITAT

Kawasan hutan paya air tawar, kawasan air yang berumput, sawah padi dan adakalanya
ditemui di kawasan hutan paya bakau, pada ketinggian sehingga ke 1,220 m dari aras laut. BUNYI Burung ini mengeluarkan 10-12 nota bunyi ogh dan kok dan 10-12 nota bunyi ootoomb atau utumb yang laju serta bunyi seakan-akan dentuman, berakhir dengan 5-6 nota bunyi kluck. Semasa dalam keadaan terancam, ia akan mengeluarkan bunyi krey yang kasar.

TABIAT

Mencari makanan di waktu pagi dan senja.

PEMBIAKAN

Mei hingga September. Sarang berbentuk cawan yang besar dan adakalanya
berbentuk kanopi di kawasan permukaan tanah atau di kawasan tumbuhan berlumpur. Telur yang dihasilkan adalah sebanyak 3-10 biji berwarna putih berkilat atau kuning pucat ke warna merah jambu dengan tompok coklat kemerahan dan jalur-jalur yang berwarna keunguan. Telur ini mempunyai ukuran di antara 39-46.6 X 32-37.8 mm.

CIRI:
Secara keseluruhannya, burung ini berwarna gelap dengan garisan putih yang
jelas di bahagian kepak dan bawah ekornya. Selain itu, ia mempunyai ciri seakanakan perisai di hadapan muka dan paruh yang merah dengan hujungnya yang berwarna kuning. Selain daripada itu, kaki dan jari kakinya juga berwarna kuning. Bagi burung juvenil, bahagian badan atas agak kecoklatan dengan paruh dan juga perisai muka hijau kecoklatan dan warna kaki yang lebih pudar.

SAIZ:
Panjang keseluruhan bagi burung dewasa adalah di antara 30.0 - 38.0 sm.
Berat 173 – 493 g.

t/b : dulu masa kecik2, burung ni banyak dok main area tepi2 bendang dan tepi paya area kampung aku..
Skrg, nak dapat jumpa sekor pun payah dah...

10 comments:

  1. ada satu jenis burung yg x pernah pupus2..kalu dia pupus kita skali akan pupus..hahahahaha

    ReplyDelete
  2. nak mcm komen lucah pun ada ni.... hahaha...

    ReplyDelete
  3. dimana boleh dapat burung ayam ayam ni?

    ReplyDelete
  4. tadi baru makan....sedap hugak....

    ReplyDelete
  5. There's a lot in Indonesia... I just found one which lost behind my home...

    ReplyDelete
  6. Burug ayam ayam yang di tangkap guna jaring wktu malam tiup guna seruling bulan berapa agaknya yang sesuai (berhasil)

    ReplyDelete
  7. Masa budak2 dulu rajin ikut kwn2 lelaki tangkap burung ayam2 kat sawah.. pasang jaring dan halau burung2 tu guna tin kosong yg di isi batu2 kecil..kochok2 bagi bunyi bising nnt burung tu lari ke arah jaring di pasang..nostalgia sungguh..skrg kwn tu dah jd suami saya...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak Tanya pon?
      Nampak kami senyum?
      xda kan?

      Delete
    2. Biaq la dia nk habaq.

      Delete
  8. Dulu masa kecik sekitar tahun 70an kami tinggal di kedah, apak selalu pergi tembak burung... Burung ayam ayam ni rasa dia lebih sedap dr brg punai.. Kalau panggang atau goreng menitis minyak.. Memang sedap..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails