I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 13, 2010

Spesis Pendatang - Ikan Bandaraya


Ikan Bandaraya @ Ikan Cuci Cermin / Suckerfish / armoured catfish (hypostomus plecostomus)

HABITAT ASAL - Amerika Selatan

PENGENALAN
Ikan ni tergolong dalam famili loricariidae dan sangat terkenal dalam dunia akuatik dimana ia dianggap sebagai salah satu spesis pelengkap kitaran akuarium yang berfungsi sebagai pemakan alga pada dinding akuarium. Spesis ini dipercayai dibawa masuk ke negara kita seiring dengan peningkatan dan minat orang ramai terhadap hobi membela ikan hiasan.

Ia kelihatan comel ketika kecil iaitu ketika berukuran 2 hingga 5 inci. Tetapi apabila ia semakin besar, kebanyakan pemiliknya melepaskan ikan ini ke sungai, kolam dan lain-lain.

Ikan ini tidak boleh dimakan kerana ia mempunyai kadar toksin yang tinggi dalam badannya dan oleh sebab demikian ia mampu hidup didalam persekitaran air yang mempunyai kadar pencemaran yang tingggi.

Kini ia boleh ditemui di hampir kesemua jaringan sungai, lombong tinggal, tasik dan kolam seluruh negara.


CIRI CIRI
Boleh membesar hingga 18 inci (46 cm) dan menpunyai jangka hayat sehingga 10 hingga 15 tahun. Mempunyai kulit badan yang keras, warna hitam berbintik putih diseluruh badan dan mulut di bahagian bawah badan. Bentuk badan hampir menyamai ikan dalam keluarga 'catfish'.
Tiada perbezaan jelas antara ikan betina dan jantan.

DIET
Memakan alga yang tumbuh pada batu, kayu dan lain lain struktur dalam air.

SIFAT
Secara amnya ikan ini bersifat lemah lembut tetapi ia kekadang sedikit agresif terutamanya terhadap spesisnya sendiri.
Satu tabiat buruk ikan ini adalah ia akan menggali banyak lubang pada tebing sungai untuk pembinaan sarangnya bagi tujuan pembiakan.
Menurut
Global Enviroment Centre, ikan ini menjadi ancaman utama terhadap Sungai Klang di mana kejadian tebing sungai runtuh sering dilaporkan berlaku.

t/b : Kalo menjala kat parit kampung aku, lima kali baling jala ja, mesti dapat ikan ni sekor dua...
dah macam dapat taraf Permanent Resident (PR) dah ikan ni kat negara kita...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails