I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010...

Salamat datang tahun 2010...
Selamat tinggal 2009...
Sesungguhnya banyak perkara yg berlaku sepanjang tahun 2009...
kenangan, peristiwa, adegan, dan lain lain kejadian datang dan silih berganti...
banyak perkara yang diharapkan dapat dilakukan pada tahun ini masih tidak dapat ditunaikan dan berharap tahun baru yang mendatang ini bakal memberi sinar baru pada kami sekeluarga....
Dan pada anda sekelian juga... Insyaallah...
Sama-samalah kita berusaha agar tahun 2010 akan menjadi tahun yg lebih baik untuk kita semua....
Berubahlah, dan teruslah berubah...

Wednesday, December 30, 2009

buah nam nam...

Nama pokok ini ialah nam nam (cynometra couliflora)
nama lain ialah pokok katak puru, amphawa, nang-ai dan kopi anjing..
pokok ini tumbuh kat dpn umah aku kat kg...
buah ini hidup di tanah pamah beriklim Khatulistiwa seperti di negara kita, buah ini mempunyai rasa masam dan Manis.
isinya agak rapuh bila buah ini masak. Pokok Nam-nam ini mempunyai persamaan seperti pokok cempedak, buahnya akan berbuah pada batang pokok ini. pada kebiasaannya buahnya akan berwarna kuning apabila sudah masak. pokok jenis ni tidak bermusim dan sentiasa berbuah
pada setiap tahun.

Buah pokok ni jarang dapat jumpa yang ranum btul..
ini adalah disebabkan pokok ni tumbuh kat depan umah, so ramai la nampak..

Ni baru nak masak ni...

yang putik byk, tapi yg masak xada... ramai peminat ni...

sampai ke atas tanah tu dia punya bunga...

Ni la peminat dia....
bukan kata yang masak dia kutip, yg muda pun dia tibai skali... hahahha...
ni anak saudara aku, shahidi...

Tuesday, December 29, 2009

Che at and keranya...

Salam..
masih lg berkisar ttg cerita kat kampungku...
lps mkn kenduri, aku pusing jap kat blakang kampung aku dan aku jumpa sorang brother ni kat ampangan air mengkuang mak sulong tgh mandikan keranya (macaca fascicularis)..
untuk makluman, che at ni baru 2-3 tahun balik malaysia... sebelum ni dia duduk kat U.S lebih 20 tahun...

Lps bawa kera ni jalan2, singgah mandi kat sini...

sempat pose lg tu... aku takut dia terkam mai kat aku ja...

byk kenangan aku time kecik2 kat sini.... asal hilang ja, mesti mandi sungai kat sini...
Dulu jernih skit la.. hahaha..

aksi kuak dada...

pantang jumpa pokok jambu...

dulu area tepi sungai ni semak dengan pokok buluh dan mcm2 pokok... time bulan posa, bekas makanan bersepah kat sini... Tp, JPS dah bersihkan dan luruskan semula sungai ni coz nak mengelakkan banjir...

Kenduri kahwin Ajidi & Naim...

Salam..
Still lg cerita tentang cuti aritu... ni aku saja nak post ttg masjis kenduri kahwin membe aku ajidi & kakaknya naim serta pasangang masing masing.
ajidi berkahwin dengan orang kuantan, pahang dan kakaknya plak bertemu jodoh dgn orang dekat iaitu di kg lahar yooi... lebih kurang 5 km dari kg aku...
Disebabkan aku sampai kg pun dah dekat pukul 7 pg, maka aku terlena.... sedar2 aku dgr bunyi kompang... maknanya pengantin dah sampai....
kelam kabut aku bangunnnn.... hahaha...

Sempat jugak aku ambil gambar.. kalo x, sia2 aku balik jauh2...

Ramai wo tetamu... sampai ke ptg...

Gambaq pun main snap ja... tangan sapa ntah la ....

kawah nasi yang ke 8 wooo....
memandangkan ni kenduri yang pertama bg En Bakar B. Md. Isa, 2 sekali plak tu, jemputan dianggarkan melebihi 4000 org dan lembu 2 ekor tumbang... pukul 4 lebih, tambah lg daging kotak 30 kilo.... bayangkanlah...

Sup Tulang kaki... Cicah sos.... perhhh...
kalo kenduri gotong royong ja mesti benda ni... tp, payah dah nak dapat mcm ni sbab byk kenduri skrang ni pakai kontrak....
So, diucapkan selamat pengantin baru kpd Ajidi dan Naim serta pasangan masing2..
Didoakan semoga kekal hingga keanak cucu.....

Monday, December 28, 2009

happy Birthday Mama -ke 28 tahun....

salam...
Hari ahad aritu (27/12/2009) maka genaplah usia wife ku yg ke 28 tahun...
semoga dipanjang umur dan murah rezeki kami sekeluarga...

sebab aritu aku balik kg, so, aku xsempat nak selebrate sama2...
hanya kek yg mewakili diri... hahaha...

gambar time p kenduri tunang dekda kat paya dalam, melaka...
dari kiri : mr rizal @ taliban, abang mukh, mat nor @ mat peng, my wife (noraini) sdg dukung batrisyia, suhaila dan izra...

Sunday, December 27, 2009

Memancing Udang Galah Di Sungai Perai..

Salam...
hari ahad baru ni aku balik kampong sorang sbb membe aku kahwin ari sabtu (26/12/2009)..
so, aku n abg aku (johari) sempat mengail udang galah
(Macrobrachium rosenbergii) kat sungai perai pada hari ahad... sungai ni asalnya dari sungai kulim dan sungai tok keramat (tasik gelugor)... ianya bertemu di kg labuh banting dan sterusnya melalui desa murni, ampang jajar & mengalir ke laut di prai...
walaupun air haritu agak keruh dan sedikit hujan,
namun masih ada udang yg ingin menjamah unpah yg dilabuhkan...
walupun xbyk, jadilah untuk lepaskan gian... hahaha...

Untuk makluman sungai kulim ni kat belakang kampung aku ja iaitu kg mengkuang mak sulong... so, lps breakfast ja , trus gerak..
bot fiber muat 2-3 org dan enjin yamaha 3 kuasa kuda...

persimpangan sungai kulim dan sungai tok keramat..

Antara spot pilihan ramai...

(Umpan) umpun-umpun nipah saiz sederhana..

(umpan) udang gantung
(Macrobrachium lancastrii)... mudah didapati di tepi2 tebing sungai.. terutama bawah akar kangkung dan tumbuhan air...

ikan yg pertama..
ikan ubi (Oxymarmoratus)...

ikan baung
(Mystus bimaculatus)...
skala sederhana yg kerap menjamah umpan selain ikan bedukang yg mmg terkenal sifatnya seentero sungai dan muara...

udang galah galah pembuka tirai... skala sederhana...

udang galah lg... tp kali ni kasar sikit...
hasil keseluruhan aku naikkan 4 ekor udang dan 2 ekor ikan baung dan sekor ikan ubi...

abg aku dgn udang galah betinanya... besarnya bleh tahan...

Penutup tirai... aku kena potong tang korner...
abg aku menaikkan bapak udang daa...
lain mcm la dia punya saiz yg ni... payah nak dpt wo kalo skala mcm ni lg...

Kalo di sini, udang galah saiz mcm ni digelar 'mat ghook'....
abg aku naikkan 3 ekor udang galah, 2 ekor baung dan beberapa ekor bedukang..
tp bedukang kami dah 'CNR'....

hasil keseluruhan hari tu....

lebih kurang 700 gram... jadilah....

so, kesimpulanya disini, udang galah liar ni mmg sedap dan lebih sedap lg kalo goreng ja ngan tepung... hahaha...

Tuesday, December 22, 2009

kalo la ada kat laut malaysia la kan?....

Udang kara gergasi


Pasangan suami isteri Simon Sharp dan Lizzy mungkin mencipta sejarah menangkap udang kara terbesar di perairan Britain dalam tempoh 80 tahun.

Sejurus selepas menaikkan udang kara gergasi itu, pasangan terbabit merakamnya menggunakan telefon bimbit dan melepasnya semula ke laut dengan alasan enggan mengambil risiko membawanya ke darat.

Menurut Sharp, pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika udang kara itu dibiarkan lebih lama dalam bot mereka.

Tambahan pula pakar marin berkata, udang kara berkenaan - 35 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar - boleh menyebabkan tangan manusia putus.




Pasangan itu sedang memancing apabila menyedari udang kara itu - dipercayai berusia lebih 100 tahun - tersangkut di jaring mereka di luar pantar Dartmouth, Devon.


Bagaimanapun, dengan hanya berbekalkan bukti bergambar, dakwaan Sharp mungkin tidak dapat diterima begitu saja.

Tiga tahun lalu, seorang remaja memancing berhampiran dermaga di Deal Kent menangkap udang kara jauh lebih besar berbanding dijaring Sharp.

Louie Smith berusia 16 tahun ketika dia menaikkan udang kara seberat 5 kilogram

Menurut Sharp, walaupun teruja menangkap udang besar, keadaannya yang sangat tua dan seolah-olah uzur.

"Ia tidak baik untuk dimakan dan liat,

"Justeru, lebih elok dikembalikan semula ke laut," katanya.

Seorang nelayan sambilan, Sharp berkata, dia menandakan udang itu sebelum membuangnya ke laut bagi mengelak ia ditangkap semula mana-mana nelayan.

Sementara itu, Lizzie berkata, dia berani memegang udang kara berkenaan walaupun besar kerana pergerakannya sangat perlahan.

"Tiada apa yang membimbangkan kami, katanya.

Jurucakap Persatuan Pemuliharaan Marin berkata, besar kemungkinan usia udang kara itu lebih seabad.

"Barangkali ia menemui tempat perlindungan yang baik dan terus membesar.

"Setakat ini, ia adalah udang kara terbesar pernah kami ketahui ditangkap di negara ini," katanya.

Menurut jurucakap berkenaan, tindakan Sharp mengembalikan udang kara itu ke laut patut dipuji.

"Udang kara matang sangat penting untuk pembiakan kerana semakin tua ia, semakin tinggi daya pembiakannya," katanya.

Menurut rekod, udang kara terbesar pernah ditangkap di Kanada pada 1977. (sumber : harian metro 22/12/09)

Batrisyia & Alya Fikriah

Salam..
weekend aritu (cuti 3 hari)
kami balik kampung belah bini aku kat parit sepayong, muar...
so batrisyia sempat la jumpa sepupu dia Alya Fikriyah (6 bulan)..
so, bukan main suka lagi dia....

Alya ni anak no. 2 kakak wife aku...

Sunday, December 13, 2009

Musibah & Musibat....

Awal pg td (13/12/2009) dlm pukui 8 lebih, makcik guard kat umah aku datang ketuk umah dan bagitau kata keta aku kena pecah... menyirap satu badan... habislah set mancing aku coz aku simpan dalam keta... dia kata cermin depan plak tu... dlm kpala aku dok pikiaq, masak... makan modai lagi ni...
kebetulan nak jd crita, guard yg shif mlm kat umah aku baru kelmarin kena buang keja...
so, guard shif mlm tinggal la sorang utk cover 3 blok.. blok E, blok f & blok i..
bayangkan kan betapa sengalnya pegurusan sekeruti kat sini...
aku pun turun sambil sambil dok memikir apa benda la yang depa berkenan sgt kat dlm keta aku ni...

bila sampai kat keta, aku check apa yang hilang...
setahu aku, kalo pecah cermin kat sini dia selalu amik syiling ngan benda2 yg mudah.. smardtag n lain2... tp benda ni mmg xpenah aku simpan pun dlm keta...

dashboart dah terbuka... buku servis keta ngan beberapa kad kenduri kahwin dah berterabur atas seat...
yn aku perasan xda ialah 1 tin spray pewangi keta (murah punya) ja yag tk da... duit syiling dlm tu ada lg 25 sen...

serpihan kaca ni tajam woo..jgn memain...

Bila aku buka bonet blakang, set pancing n lampu suluh bsar aku msh lg ada... alhamdulillah...
kalo x, gigit jari la aku ... coz dah xleh lg nak g mancing... nak kena cari baru plak...
modai la smua tu....

bwh seat dpn kiri (hidden tray), ada cermin mata rapala dan cota besi... still ada jugak....
So aku pun terpikir... apa benda la yang diaorg amik kat dlm keta aku ni?...
just spray pewangi keta tu ja...
so mmg sangap & musibat btui orang buat keja2 mcm ni....
menyusahkan org btui..

jd, yg musibahnya aku sbb nak kena kluar duit tukar balik cermin...rm 105.. itu belum masuk kos nak tinted balik... buta2 ja...
yg musibat nya budak2 yang dok wat keja2 lagu ni... xdapat xpa la... dpt siap....
untuk maklumat berdasarkan pengetahuan aku, ini dah kes yg ke 15 sejak kami mula menduduki rumah ni pada bln 2 2009 aritu... beli umah, parking dah la kena beli...
pagar apa pun xdak... masa beli manis.. smua ada... bila kita komplen, nanti... nanti...
apa punya developper ntah... nama sedap.. sriera development... hampeh... lagi boleh dia wat duit, dia tibai....
so, moral of the story adalah jgn simpan brg berharga dalam keta anda... kalo xpun sembunyi2 sikit...

Saturday, December 12, 2009

Nurzulaikha Batrisyia - 8 bulan

salam..
Just want to post & share the latest picture of my beloved n only son...
now she is 8 month old..
lately now she is already can sit, stand up & 'merangkak'...

like who's?... his farther or his mother?...
You think who?....



and she really like to hold on the 'rice cooker'..
i also don know why???....

Memancing udang harimau kolam Bayar....

Salam...
lama dah x pergi mancing udang harimau
(Penaeus Monodon) kat kolam kimi, petaling utama..
satu pasai masa x mengizinkan dan yang paling utama, langkah pengurangan kadar perbelanjaan.. defesit fiskal ka pa ntah kjaan panggil.. hahahaa..
satu jam rm 15.00
paling kurang pun mancing 2-3 jam..
umpun2 sekor (bsar) rm 10.00
makan + minum lg....
tu yang betara guru dok membebel tu.. hahaha...
so, buat masa skrang, bila dah rasa lapang skit, bleh la p sana lg...
ni saja nak postkan gambaq2 masa g mancing kat kolam kimi ari tu...

960 gram... lg 2 ekor baru sampai sekilo ni...
saiz ada yang kasar dan kecik.. campor2...

Ni yg paling besar, 78 gram...
puas ati dia punya lawan wooo...

So, kesimpulannya, mmg layan la mengail udang harimau kolam bayar ni...
cuma, xbleh la p kerap2.. gunung pun runtuh.. hahaha...
Related Posts with Thumbnails