I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Spesis terancam. Show all posts
Showing posts with label Spesis terancam. Show all posts

Wednesday, April 7, 2010

Spesis Terancam - Ayam Hutan


Ayam Hutan / Red Junglefowl ( Gallus Gallus)

STATUS
Akta 72/76, diperlindungi

Adalah menjadi suatu kesalahan
bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972/76 seksyen 68 iaitu menembak, membunuh dan mengambil binatang liar yang dilindungi.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

PENGENALAN

Ianya adalah tergolong dalam keluarga 'phasianidae' dan mempunyai fizikal dan tingkah laku seperti ayam kampung biasa. Ianya boleh ditemui di sekitar pingir hutan, ladang kelapa sawit dan hutan paya bakau.

Mempunyai warna yang sangat jelas terutama dibahagian tengkuk yang panjang dan mempunyai bulu yang berwarna merah kehitaman dan kuning keemasan. Bulu bahagian sayap sedikit kehitaman serta sedikit hijau kebiruan. Bahagian ekor pula bewarna hitam dan kehijauan berkilat dan terjungkit sedikit keatas.

Bagi bahagian kepala pula, ianya mempunyai balung sperti ayam biasa, muka dan gelabir bewarna merah dan mempunyai tanda putih pada bahagian bawah telinga.

Bagi ayam hutan betina pula, pada bahagian atas badan ianya bewarna coklat lusuh dengan jalur-jalur halus kehitaman dan putih kekuningan.

Pada bahagian dada bewarna coklat dengan comotan bewarna coklat kemerahan dan pada bahagian kepala pula ianya mempunyai kulit kepala bewarna merah jambu dan mempunyai tanda putih pada bahagian bawah telinga.

TUMBESARAN

panjang keseluruhan bagi ayam hutan jantan adalah sekitar 65 - 78 cm (ekor pula sepanjang 28 cm) manakala bagi ayam hutan betina adalah sekitar 41 - 46 cm dan berat purata adalah sekitar 500 - 1700 gram.

HABITAT

Pinggir hutan, kawasan lapang, kawasan hutan sekunder, darai kawasan semak samun hinggalah ke ketinggian 1830 m dari aras laut.

DIET

Serangga kecil, invertebrata, buji-bijian hutan, buah-buahan dan pucuk-pucuk tumbuhan.

SIFAT

Spesies ayam hutan ini boleh terbang dan biasanya ianya berjalan dicelahan pokok-pokoh hutan untuk mencari makanan. Sekiranya ada gangguan pemangsa, ianya akan terbang untuk menyelamatkan diri dan tidur di atas pokok.

Ianya berkokok seperti ayam kampung biasa tetapi mempunyai nada yang lebih tinggi dan nota terakhir berakhir lebih pendek. Ini adalah sebagai tanda kawalan kawasanya.

PEMBIAKAN

Ayam hutan membiah disepanjang tahun dan ayam hutam betina mampu menghasilkan 4 - 9 biji telur bagi setiap eraman dan sarangnya biasa yan dibina atas tanah dan celahan akar pokok.


t/b : Pemburuan secara haram yang berleluasa bakal menyebabkan spesies ini semakin sukar ditemui.

Tinggalkan la sikit untuk anak cucu kita takut nanti depa xdapat nak beza mana ayam hutan dengan ayam kampung..

Monday, February 22, 2010

Spesis Terancam - Burung Murai Batu

burung jantan
burung betinaBurung Murai Batu / White-rumped Sharma (copsychus malabaricus)

STATUS
Akta 76/72, diperlindungi


Burung Murai Batu ini merupakan spesis yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar 1972, dan mereka yang menangkapnya boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

PENGENALAN
Burung ini merupakan salah satu spesis yang popular sebagai haiwan peliharaan di negara kita, Singapura dan juga di Indonesia. Ianya boleh ditemui dengan mudah di kedai-kedai yang menjual haiwan peliharaan seluruh negara dan harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Untuk memelihara burung spesis ini, kebenaran daripada Jabatan perhilitan adalah diperlukan. Akibat dari penangkapan yang berleluasa oleh penggemarnya, kini ia semakin diancam kepupusan dan hampir sukar untuk ditemui terutamanya di habitat asalnya.

SIFAT
Burung jantan hitam berkilat dengan dada warna berangan (chestnut) dan bulu putih pada ekor dan hujung ekor. Burung betina adalah lebih keperangan, dan biasanya lebih pendek berbanding burung jantan. Kedua jantina mempunyai paruh hitam dan kaki merah jambu. Burung jantan muda mempunyai warna keperangan atau kelabu, menyerupai burung betina, dengan dada bertompok.

Ia adalah pemalu tetapi mempertahankan kawasannya. Kawasan ini mungkin dikongsi semasa musim pembiakan dengan burung jantan mempertahankan kawasan tersebut, tetapi setiap jantina mungkin mempunyai kawasan berlainan diluar musim mengawan.


Bunyi nyanyian spesies ini amat merdu dan kaya. Ia amat kuat dan jelas, dengan pelbagai frasa, dan sering kali mengajuk bunyi burung lain. Ia juga menghasilkan bunyi klik ('Tck') dengan sayapnya apabila resah atau terbang di kawasan terbuka.


MAKANAN
serangga dan inverterbrata.

HABITAT
Boleh ditemui dikawasan tanah pamah dipterokap, hutan sekunder, kawasan hutan buluh hinggalah ke kawasan berketinggian sehingga 1525 m dari aras laut.


PEMBIAKAN
Burung Murai Batu membiak dengan cara bertelur. Kebiasaannya Ia akan memilih lubang pada dahan pokok mati untuk bersarang.Burung betina akan bertelur antara 2 hingga 3 biji setiap musim. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarangnya.Semasa proses mengeram yang mengambil masa antara 12-15 hari, burung jantan dan betina akan bergilir mengeram telur dan seterusnya memberi anak yang menetas hinggalah boleh mencari makanan sendiri.

Semasa mengawan, burung jantan akan mengejar burung betina, hinggap di atas burung betina, membuat bunyi panggilan nyaring, dan kemudian mengembangkan ekornya. Ini kemudiannya diikuti dengan pola penerbangan turun naik oleh pasangan tersebut. Sekiranya burung jantan gagal menarik minat burung betina, burung betina akan mengancam burung jantan, mengacu dengan paruh terbuka.

Penjagaan telur dilakukan oleh bersama oleh pasangan tersebut. Sarang diperbuat kebanyakannya dari akar, daun serta batang paku pakis dan pengeraman biasanya berlansung selama 12 hingga 15 hari. Telur bewarna putih hingga biru lembut (light aqua), dengan tompokan keperangan, dan sekitar 0.7 hingga 0.9 inci.

t/b : kalo kita rajin berjalan2 kat kedai burung, mesti kita perasan akan kelibat burung ni.. bersepah-sepah.. ntah ada permit ka tidak, wallah huallam...

Wednesday, February 10, 2010

Spesis Terancam - Burung Ruak Ruak

Burung Ruak Ruak / White Breasted Waterhen (Amaurornis phoenicurus)

Akta 76/72, diperlindungi.

Burung Ruak Ruak ini merupakan spesis yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar 1972, dan mereka yang menangkapnya boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

CIRI CIRI
Burung dewasa mempunyai kelabu gelap pada bahagian belakang dan sisi, dan kepala, leher dan dada putih. Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah (cinnamon coloured). Badannya tirus menegak agar memudahkan ia menyusup melalui rimbun semak dan rumput paya. Ia mempunyai jari panjang, ekor pendek dan kaki dan paruh kuning.
Kedua jantina serupa bentuk, tetapi burung remaja lebih pudar berbanding burung dewasa.

MAKANAN
Burung ini me
makan serangga, ikan kecil, dan biji benih dan selalunya merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek.
Burung ini mudah dilihat dikawasan terbuka dan ia merupakan burung yang bising, terutamanya pada waktu subuh dan maghrib, dengan bunyi panggilan ruak ruak yang kuat.

PEMBIAKAN
Burung ini membiak dengan bertelur dan bercengkerang keras.
Ia bersarang ditempat kering di kawasan berpaya, bertelor 6-7 biji telor.

HABITAT

Burung ruak-ruak terdapat di kawasan berair, sawah padi, paya semak, kolam dan alur di hutan terbuka, paya bakau dan padang dan taman.

t/b : burung ni selalunya ditangkap menggunakan pukat burung yang dipasang dipasang sambil memainkan kaset suara burung ini. Permintaan yang tinggi terhadap daging burung ini mendorong kepada penangkapan yang tidak terkawal dan bakal menghadapi risiko kepupusan pada masa akan datang...

Wednesday, February 3, 2010

Spesis Terancam - Puyuh Tanah



Puyuh Tanah / Barred Buttonquail (Turnix suscitator)


STATUS

Akta 76/72, diperlindungi.

Burung puyuh tanah ini merupakan spesis yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar 1972, dan mereka yang menangkapnya boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

CIRI-CIRI
Bahagian bawah badan berwarna coklat kemerahan yang ketara. Bagi jantan dewasa,
ia lebih serupa kepada betina tetapi tidak mempunyai tompok hitam pada
bahagian leher dan dada manakala bahagian bawah tongkeng pula berwarna lebih
pudar. Bagi juvenil, ia menyerupai burung jantan.

SAIZ
Panjang keseluruhan bagi burung dewasa adalah di antara 15-17.5 sm.

MAKANAN
Serangga, bijirin dan biji benih serta tumbuhan yang lain.

HABITAT
Kawasan berumput yang kering, semak samun dan kawasan pertanian, kawasan hutan
sekunder, hingga ke ketinggian 1,650 m dari aras laut.

BUNYI
Burung betina mengeluarkan siri bunyi halus dari tekak dan berulang dengan nota
seakan meletup, yang secara perlahan-lahan menjadi kuat dan berhenti secara tibatiba.

TABIAT
Mencari makanan dengan mengais tanah dan rumput.

PEMBIAKAN
Musim membiak bagi spesies ini adalah pada bulan Disember-September di mana
sarang dibina di dalam lubang yang dikorek di permukaan tanah (biasanya terdapat
bumbung yang nipis) di kawasan rumput. Telur yang dihasilkan adalah sebanyak 3-5
biji berwarna putih kekelabuan serta terdapat jalur-jalur berwarna coklat selalu
kelihatan di kawasan hujung telur. Telur ini berukuran kira-kira 24.9x20.2 mm.

t/b : time aku sekolah rendah, burung puyuh ni banyak dok melintas area semak tepi sungai dan kawasan hutan lalang..
la ni dah semakin kurang tp masih boleh lg nampak kelibat puyuh ni sekali-sekala...

Spesis Terancam - Burung Ayam-Ayam


jantan


betina

Burung Ayam-Ayam / watercock (Gallicrex cinerea)

STATUS

Akta 76/72, diperlindungi.


Burung ayam-ayam ini merupakan spesis yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar 1972, dan mereka yang menangkapnya boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Burung
jantan mempunyai bulu badan yang berwarna kehitaman dengan jalur putih pada bahagian bawah tongkeng. Paruh berwarna kuning, bahagian bawah paruh berwarna merah dengan balung merah yang panjang pada bahagian atas kepala. Tongkeng dan bahagian atas pangkal ekor berwarna coklat cerah. Semasa di luar musim membiak, burung jantan menyerupai individu betina dewasa luar musim membiak tetapi bahagian bawah badan menunjukkan satu jalur yang lebar.

Bagi burung betina pula , bahagian
atas badan berwarna coklat gelap, bahagian hujung bulu berwarna kuning pucat serta bahagian belakang tengkuk, atas belakang badan dan pangkal sayap berwarna kelabu. Bahagian sisi kepala individu ini berwarna kuning pucat manakala bahagian pipi berwarna coklat. Bahagian bawah badan berwarna putih ke kuning pucat pudar di mana warna kuning pucat ini adalah lebih gelap pada bahagian bawah hadapan tengkuk dan bahagian bawah pangkal ekor. Bahagian rengkong dan tengah perut berwarna putih. Kaki dan paruh berwarna kehijauan. Semasa di luar musim membiak, bahagian bawah badan betina dewasa mempunyai jalur-jalur yang jelas.

SAIZ

Panjang keseluruhan individu dewasa adalah di antara 36.0 - 42.0 sm. Berat 200-650 g.


MAKANAN

Serangga, ketam, amfibia, ikan dan tumbuhan.

HABITAT

Kawasan hutan paya air tawar, kawasan air yang berumput, sawah padi dan adakalanya
ditemui di kawasan hutan paya bakau, pada ketinggian sehingga ke 1,220 m dari aras laut. BUNYI Burung ini mengeluarkan 10-12 nota bunyi ogh dan kok dan 10-12 nota bunyi ootoomb atau utumb yang laju serta bunyi seakan-akan dentuman, berakhir dengan 5-6 nota bunyi kluck. Semasa dalam keadaan terancam, ia akan mengeluarkan bunyi krey yang kasar.

TABIAT

Mencari makanan di waktu pagi dan senja.

PEMBIAKAN

Mei hingga September. Sarang berbentuk cawan yang besar dan adakalanya
berbentuk kanopi di kawasan permukaan tanah atau di kawasan tumbuhan berlumpur. Telur yang dihasilkan adalah sebanyak 3-10 biji berwarna putih berkilat atau kuning pucat ke warna merah jambu dengan tompok coklat kemerahan dan jalur-jalur yang berwarna keunguan. Telur ini mempunyai ukuran di antara 39-46.6 X 32-37.8 mm.

CIRI:
Secara keseluruhannya, burung ini berwarna gelap dengan garisan putih yang
jelas di bahagian kepak dan bawah ekornya. Selain itu, ia mempunyai ciri seakanakan perisai di hadapan muka dan paruh yang merah dengan hujungnya yang berwarna kuning. Selain daripada itu, kaki dan jari kakinya juga berwarna kuning. Bagi burung juvenil, bahagian badan atas agak kecoklatan dengan paruh dan juga perisai muka hijau kecoklatan dan warna kaki yang lebih pudar.

SAIZ:
Panjang keseluruhan bagi burung dewasa adalah di antara 30.0 - 38.0 sm.
Berat 173 – 493 g.

t/b : dulu masa kecik2, burung ni banyak dok main area tepi2 bendang dan tepi paya area kampung aku..
Skrg, nak dapat jumpa sekor pun payah dah...
Related Posts with Thumbnails