I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 10, 2010

Spesis Terancam - Burung Ruak Ruak

Burung Ruak Ruak / White Breasted Waterhen (Amaurornis phoenicurus)

Akta 76/72, diperlindungi.

Burung Ruak Ruak ini merupakan spesis yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar 1972, dan mereka yang menangkapnya boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

CIRI CIRI
Burung dewasa mempunyai kelabu gelap pada bahagian belakang dan sisi, dan kepala, leher dan dada putih. Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah (cinnamon coloured). Badannya tirus menegak agar memudahkan ia menyusup melalui rimbun semak dan rumput paya. Ia mempunyai jari panjang, ekor pendek dan kaki dan paruh kuning.
Kedua jantina serupa bentuk, tetapi burung remaja lebih pudar berbanding burung dewasa.

MAKANAN
Burung ini me
makan serangga, ikan kecil, dan biji benih dan selalunya merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek.
Burung ini mudah dilihat dikawasan terbuka dan ia merupakan burung yang bising, terutamanya pada waktu subuh dan maghrib, dengan bunyi panggilan ruak ruak yang kuat.

PEMBIAKAN
Burung ini membiak dengan bertelur dan bercengkerang keras.
Ia bersarang ditempat kering di kawasan berpaya, bertelor 6-7 biji telor.

HABITAT

Burung ruak-ruak terdapat di kawasan berair, sawah padi, paya semak, kolam dan alur di hutan terbuka, paya bakau dan padang dan taman.

t/b : burung ni selalunya ditangkap menggunakan pukat burung yang dipasang dipasang sambil memainkan kaset suara burung ini. Permintaan yang tinggi terhadap daging burung ini mendorong kepada penangkapan yang tidak terkawal dan bakal menghadapi risiko kepupusan pada masa akan datang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails