I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 22, 2010

Spesis Terancam - Burung Murai Batu

burung jantan
burung betinaBurung Murai Batu / White-rumped Sharma (copsychus malabaricus)

STATUS
Akta 76/72, diperlindungi


Burung Murai Batu ini merupakan spesis yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar 1972, dan mereka yang menangkapnya boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

PENGENALAN
Burung ini merupakan salah satu spesis yang popular sebagai haiwan peliharaan di negara kita, Singapura dan juga di Indonesia. Ianya boleh ditemui dengan mudah di kedai-kedai yang menjual haiwan peliharaan seluruh negara dan harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Untuk memelihara burung spesis ini, kebenaran daripada Jabatan perhilitan adalah diperlukan. Akibat dari penangkapan yang berleluasa oleh penggemarnya, kini ia semakin diancam kepupusan dan hampir sukar untuk ditemui terutamanya di habitat asalnya.

SIFAT
Burung jantan hitam berkilat dengan dada warna berangan (chestnut) dan bulu putih pada ekor dan hujung ekor. Burung betina adalah lebih keperangan, dan biasanya lebih pendek berbanding burung jantan. Kedua jantina mempunyai paruh hitam dan kaki merah jambu. Burung jantan muda mempunyai warna keperangan atau kelabu, menyerupai burung betina, dengan dada bertompok.

Ia adalah pemalu tetapi mempertahankan kawasannya. Kawasan ini mungkin dikongsi semasa musim pembiakan dengan burung jantan mempertahankan kawasan tersebut, tetapi setiap jantina mungkin mempunyai kawasan berlainan diluar musim mengawan.


Bunyi nyanyian spesies ini amat merdu dan kaya. Ia amat kuat dan jelas, dengan pelbagai frasa, dan sering kali mengajuk bunyi burung lain. Ia juga menghasilkan bunyi klik ('Tck') dengan sayapnya apabila resah atau terbang di kawasan terbuka.


MAKANAN
serangga dan inverterbrata.

HABITAT
Boleh ditemui dikawasan tanah pamah dipterokap, hutan sekunder, kawasan hutan buluh hinggalah ke kawasan berketinggian sehingga 1525 m dari aras laut.


PEMBIAKAN
Burung Murai Batu membiak dengan cara bertelur. Kebiasaannya Ia akan memilih lubang pada dahan pokok mati untuk bersarang.Burung betina akan bertelur antara 2 hingga 3 biji setiap musim. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarangnya.Semasa proses mengeram yang mengambil masa antara 12-15 hari, burung jantan dan betina akan bergilir mengeram telur dan seterusnya memberi anak yang menetas hinggalah boleh mencari makanan sendiri.

Semasa mengawan, burung jantan akan mengejar burung betina, hinggap di atas burung betina, membuat bunyi panggilan nyaring, dan kemudian mengembangkan ekornya. Ini kemudiannya diikuti dengan pola penerbangan turun naik oleh pasangan tersebut. Sekiranya burung jantan gagal menarik minat burung betina, burung betina akan mengancam burung jantan, mengacu dengan paruh terbuka.

Penjagaan telur dilakukan oleh bersama oleh pasangan tersebut. Sarang diperbuat kebanyakannya dari akar, daun serta batang paku pakis dan pengeraman biasanya berlansung selama 12 hingga 15 hari. Telur bewarna putih hingga biru lembut (light aqua), dengan tompokan keperangan, dan sekitar 0.7 hingga 0.9 inci.

t/b : kalo kita rajin berjalan2 kat kedai burung, mesti kita perasan akan kelibat burung ni.. bersepah-sepah.. ntah ada permit ka tidak, wallah huallam...

3 comments:

  1. ko ni suka sangat la kat burung! crita burung pipit bila nak kluar nih?

    ReplyDelete
  2. burung pipit banyak bleh jumpa... x terancam dan kurang mengancam... hahaha...

    ReplyDelete
  3. nak pohon lesen pelihara burung murai batu ni pun ambik masa berbulan lamanya,,,jemulah orang nak tnggu,,,kadang2 dorang tak luluskan lesen pun,,,ni yg malas ni,,,

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails