I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label spesis pendatang. Show all posts
Showing posts with label spesis pendatang. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

Spesis Pendatang - Ikan talapia

Tilapia Biru / Blue tilapia (Oreochromis aureus)


Ikan ini juga selalunya dikenali sebagai tilapia Israel dan ianya amat terkenal sebagai ikan untuk sumber makanan manusia di seluruh dunia. Selain itu juga, ia sering dijadikan makanan ikan lain dan penggemar ikan hiasan memeliharanya sebagai haiwan kesayangan.

Setelah ia dikenali sebagai sumber makan manusia yang popular, ikan ini telah pun diperkenalkan untuk tujuan pembiakan di negara sekitar benua eropah, amerika dan juga asia termasuklah di negara kita ini.

HABITAT ASAL

Ikan talapia biru ini merupakan salah satu ikan yang boleh ditemui di negara-negara seperti cameroon, Mesir, Arab Saudi, Israel, Nigeria, Jordan, Mali, Chad, Sinegal serta beberapa negara lain di benua afrika dan timur tengah.

Ia dapat menyesuaikan diri dengan mudah terhadap pelbagai suasana dan persekitaran habitat di kebanyakan benua di dunia.
Di negara kita ianya boleh ditemui di hampir seluruh negara iaitu di sekitar sungai utama, tasik, lombong tinggal, parit, tali air, paya dan lain lain lagi.

CIRI CIRI

Ianya mampu membesar sehingga 45.7 cm dengan berat 2.1 kg.
Sewaktu musim mengawan, kepala ikan jantan ini akan berubah warna menjadi warna biru cerah dan hujung siripnya akan menjadi kemerahan manakala bagi iakan betina pula hujung siripnya akan berubah menjadi warna seakan akan oren.

ia juga merupaka spesis ikan yang cepat membiak dan garang terhadap ikan ikan lain terutanya ketika mengawal anak dan ianya juga bersifat teritori.

DIET

Makanan utama ikan ini adalah anak-anak ikan kecil, serangga, inverterbrata kecil, alga dan organisma kecil.

PEMBIAKAN

Sepertimana spesis 'cichlid' afrika yang lain, ia menetas dan membesar di dalam mulut.
Ikan jantan akan membina sarang dan mempertahankan kawasan sekitarnya. Semasa proses mengawan, iakan betina akan mengeluarkan telur di dalam sarang tersebut dan ikan jantan pula mengeramkannya seketika. Selepas itu ikan betina akan mengambil semula telur-telur tadi untuk disimpan di dalam mulutnya sehingga lah ianya menetas dan membesar sedikit sebelum dikeluarkan.

Ikan betina biasanya akan mencapai tahap matang apabila ukuran badannya sekitar 10 cm panjang.



Tilapia Hitam / Black tilapia (Oreochromis mossambicus).


Ikan tilapia hitam ini juga lebih dikenali sebagai tilapia 'mozambique'. Ia merupakan ikan yang popular sebagai ikan yang diternak bagi tujuan makanan. ini adalah kerana ia sememangnya salah satu spesis yang terkenal dengan sifat kelasakannya dan amat mudah untuk membiak dan dibiakkan.

walaubagaimanapun, buat masa kini ia semakin kurang diminati berbanding spesis ikan tilapia yang lain. Selain itu juga, ikan ini amat penting dalam industri perikanan dimana ianya dikembangbiakkan dan dikacukkan bagi menghasilkan baka-baka yang bermutu.


HABITAT ASAL


Ia adalah berasal dari benua afrika iaitu Malawi, Mozambik, Swaziland, zambia, Zimbabwe dan Afrika selatan.
Ianya diperkenalkan bagi pembiakan bagi tujuan makanan di seluruh dunia yang mana suhu dan persekitannya hampir sama dengan habitat asal ikan ini.

Dinegara kita ianya boleh ditemui di seluruh negara dan mendiami sekitar sungai, parit, tali air, lombong dan lain-lain lagi.

DIET

Ia merupakan spesis yang menapis makanan iaitu plakton di dalam air sebagai sumber makanannya. Selain itu, ia juga memakan serangga kecil, anak-anak ikan kecik dan mikroorganisma kecil.

PEMBIAKAN

Sepertimana spesis 'cichlid' afrika yang lain, ia menetas dan membesar di dalam mulut.
Ikan jantan akan membina sarang dan mempertahankan kawasan sekitarnya. Semasa proses mengawan, iakan betina akan mengeluarkan telur di dalam sarang tersebut dan ikan jantan pula mengeramkannya seketika. Selepas itu ikan betina akan mengambil semula telur-telur tadi untuk disimpan di dalam mulutnya sehingga lah ianya menetas dan membesar sedikit sebelum dikeluarkan. Proses penetasan biasanya memakan masa antara 3 - 4 hari.

Ikan ini juga bersifat agresif dan teritori.


Tilapia Merah / Nile Tilapia (Oreochromis niloticus)


HABITAT ASAL

Berasal dari benua afrika iaitu di negara Bukina Faso, Cameroon, Chad, Mesir, Ghana, Liberia, Mali, Nigeria, Sinegal, Serra Lion, Uganda, Togo, Sudan dan lain-lain negara di benua afrika.

Ikan spesis ini merupakan ikan yang penting sebagai sumber makanan manusia yang mana ia telah di ternak di hampir seluruh dunia selain dari kutub utara dan selatan sehinggakan di sesetengah negara, ia menjadi ancaman terhadap spesis asal setelah diperkenalkan.

CIRI CIRI

Saiz terbesar yang pernah direkodkan adalah 60 cm panjang dan berat melebihi 2 kilo.

Keseluruhan badan adalah berwarna merah termasuklah siripnya dan kadang kala berwarna sedikir kehitaman di bahagian hujung sirip.

DIET

Ia merupakan spesis yang menapis makanan iaitu plakton di dalam air sebagai sumber makanannya. Selain itu, ia juga memakan serangga kecil, anak-anak ikan kecik dan mikroorganisma kecil.

PEMBIAKAN

Sepertimana spesis 'cichlid' afrika yang lain, ia menetas dan membesar di dalam mulut.
Ikan jantan akan membina sarang dan mempertahankan kawasan sekitarnya. Semasa proses mengawan, iakan betina akan mengeluarkan telur di dalam sarang tersebut dan ikan jantan pula mengeramkannya seketika. Selepas itu ikan betina akan mengambil semula telur-telur tadi untuk disimpan di dalam mulutnya sehingga lah ianya menetas dan membesar sedikit sebelum dikeluarkan. Proses penetasan biasanya memakan masa antara 3 - 4 hari.


Tilapia Belang / Bended Tilapia ( Tilapia Sparrmanii )


Ikan ini juga lebih dikenali sebagai 'sparrman's tilapia'. Bentuk badan ikan ini juga adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan spesis tilapia 'mozambique di mana ianya mempunyai marna kemerah-merahan di bahagian bawah dada.

Ikan ini juga merupakan spesis yang amat diminati oleh kaki pancing sebagai 'gamefish' kerana sifatnya yang agresif dan daya juang yang kuat apabila melarikan umpan terutamanya apabila musim membiak iaitu sekitar bulan November hingga March.

Di negara kita, ikan ini biasanya di temui di lombong tinggal, kolam, tasik di seluruh negara.

DIET

Ia merupakan spesis yang menapis makanan iaitu plakton di dalam air sebagai sumber makanannya. Selain itu, ia juga memakan serangga kecil, anak-anak ikan kecik dan mikroorganisma kecil.

Secara purata, ia mampu mencapai berat sekitar 60 gram hingga 150 gram.

PEMBIAKAN

Ikan ini berbeza sedikit dari yang lain kerana ia biasaya akan bersarang di lubang-lubang berhampiran tebing tasik dan sungai serta celahan batu dan juga di bawah rimbunan tumbuhan akuatik.

Ikan jantan dan ikan betina akan mengawan dan mengawal sarangnya hinggalah telur-telur tersebut menetas. Setelah menetas, induk akan terus menjaga anaknya itu sehinggalah besar dan berpisah.

Saiz biasa yang di temui di negara kita


Selain itu juga terdapat beberapa lagi sub spesis lain yang belum dikenalpasti telah membiak dan mendiami tasik serta lombong di negara kita.

Kemungkinan besar ia adalah kesan daripada kerancakan aktiviti berkaitan industri ikan hiasan di negara kita dan telah terlepas keluar ataupun dilepaskan oleh 'tangan-tangan gatal' yang tidak memikirkan kesan dan impaknya pada ekosistem serta spesis hidupan asal di negara kita ini.


t/b : warna - warni aidilfitri sungguh...

Sunday, February 21, 2010

Spesis Pendatang - Ikan Rohu

Ikan Rohu / Ara ( labeo rohita)

HABITAT ASAL

Pakistan, India, Bangladesh, Myanmar & Nepal

Merupakan salah satu spesis air tawar yang amat terkenal sebagai ikan yang mempunyai daya pecutan yang tinggi apabila memakan umpan dikalangan kalangan kaki pancing. Hampir semua kolam pancing bayar ikan air tawar di negara kita kini menggunakan spesis ini sebagai daya penarik kepada kaki pancing disamping beberapa spesis lain seperti pacu, tongsan, patin dan lain-lain lagi.

Tergolong dalam keluarga kap dan ia mudah menyesuaikan diri dalam persekitaran dan cuaca dinegara kita. ia dibawa masuk kenegara kita bagi tujuan merancakkan lagi industri sukan memancing di sini (kolam bayar) dan mungkin ia telah terlepas keluar dan membiak di habitat luar dan kini ia boleh ditemui di lombong tinggal dan tasik sekitar perak dan lembah kelang.

SIFAT

Mempunyai bentuk badan dan sisik yang seakan akan ikan jelawat. Bahagian atas badan mempunyai warna sisik yang agak kehitaman serta putih di bahagian bawah.
Sirip di bahagian bawah badannya bewarna sedikit kemerahan.

Ia mampu membesar sehingga mencapai panjang 200 cm, berat 45 kilogram dan jangka hayatnya adalah sekitar 10 tahun.


t/b ; karen woo kena dia punya sentap... kalo yang skala dalam 1.5 -2 kg, mau mencanak-canak tali keluar dari spool...

Monday, February 15, 2010

Spesis Pendatang - Kerapu Lombong

Ikan betina bersama anaknya
Mr checkchiboo bersama kerapu lombong yang dipancing di sungai buluh

Kerapu Lombong / Jaguar chiclid (Parachromis managuensis)

HABITAT ASAL
Honduras, Nicaragua, Costa Rika & Sekitarnya

PENGENALAN

ikan ini dikenali sebagai kerapu lombong kerana corak pada badannya yang berbintik seakan akan ikan kerapu. Ia merupakan ikan yang berasal dari kawasan amerika tengah dibawa masuk ke negara kita sebagai ikan hiasan oleh penggusaha industri ini. Ia mudah dibiakkan dalam cuaca persekitaran negara kita. Oleh yang demikian, ia mungkin telah terlepas keluar ataupun dilepaskan oleh pemiliknya dan membiak di dalam persekitaran kita.

Ia mudah ditemui di lombong tinggal, tasik dan kolam sekitar lembah kelang, perak dan beberapa tempat lain disekitar semenanjung malaysia.


CIRI CIRI
Tergolong dalam keluarga ciclid dan merupakan spesis pemangsa yang sangat agresif serta 'teritory' terutama ketika mengawan dan mengawal ana
k.

Mempunyai bentuk badan dan fizikal seakan-akan ikan kerapu dan berbintik pada seluruh badan serta mempunyai tompok bulat hitam di bahagian tengah badan dari kepala hingga ke ekor. Ikan jantan mepunyai warna biru kejinggan di bahagian atas badan dan kepala manakala bagi ikan betina pula hanya warna putih berbintik hitam pada seluruh badan manakala saiz ikan jantan adalah lebih besar dari ikan betina.

Mampu membesar hingga mencapai panjang badan 21 hingga 24 inci dan jangka hayatnya adalah sekitar 15 tahun.

PEMAKANAN
Merupakan spesis yang kuat makan dan makan utamanya adalah benda hidup seperti anak ikan, anak udang, cacing tanah, serangga dan lain-lain.

PEMBIAKAN
Induk ikan ini akan bertelur pada kawasan rata dan berhampiran batu batu besar.
Jumlah telur yang dihasilkan pada setiap persenyawaan adalah sekitar 500 biji.
Induk jantan akan sentiasa mengawal sarangnya daripada pemangsa lain dan anaknya akan mula menetas dalam tempoh 3 hingga 5 hari.

t/b : sikap ikan ini yang agresif dan kuat makan serta cepat membiak ini boleh mengancam serta mengganggu ekosistem
hidupan akuatik asal negara kita.
sekiranya tidak dikawal, maka semakin terancam dan hilanglah spesis asal ikan dinegara kita, percayalah....


so, jangan tangkap dan lepas, tangkap dan makan...
.

Saturday, February 13, 2010

Spesis Pendatang - Ikan Bandaraya


Ikan Bandaraya @ Ikan Cuci Cermin / Suckerfish / armoured catfish (hypostomus plecostomus)

HABITAT ASAL - Amerika Selatan

PENGENALAN
Ikan ni tergolong dalam famili loricariidae dan sangat terkenal dalam dunia akuatik dimana ia dianggap sebagai salah satu spesis pelengkap kitaran akuarium yang berfungsi sebagai pemakan alga pada dinding akuarium. Spesis ini dipercayai dibawa masuk ke negara kita seiring dengan peningkatan dan minat orang ramai terhadap hobi membela ikan hiasan.

Ia kelihatan comel ketika kecil iaitu ketika berukuran 2 hingga 5 inci. Tetapi apabila ia semakin besar, kebanyakan pemiliknya melepaskan ikan ini ke sungai, kolam dan lain-lain.

Ikan ini tidak boleh dimakan kerana ia mempunyai kadar toksin yang tinggi dalam badannya dan oleh sebab demikian ia mampu hidup didalam persekitaran air yang mempunyai kadar pencemaran yang tingggi.

Kini ia boleh ditemui di hampir kesemua jaringan sungai, lombong tinggal, tasik dan kolam seluruh negara.


CIRI CIRI
Boleh membesar hingga 18 inci (46 cm) dan menpunyai jangka hayat sehingga 10 hingga 15 tahun. Mempunyai kulit badan yang keras, warna hitam berbintik putih diseluruh badan dan mulut di bahagian bawah badan. Bentuk badan hampir menyamai ikan dalam keluarga 'catfish'.
Tiada perbezaan jelas antara ikan betina dan jantan.

DIET
Memakan alga yang tumbuh pada batu, kayu dan lain lain struktur dalam air.

SIFAT
Secara amnya ikan ini bersifat lemah lembut tetapi ia kekadang sedikit agresif terutamanya terhadap spesisnya sendiri.
Satu tabiat buruk ikan ini adalah ia akan menggali banyak lubang pada tebing sungai untuk pembinaan sarangnya bagi tujuan pembiakan.
Menurut
Global Enviroment Centre, ikan ini menjadi ancaman utama terhadap Sungai Klang di mana kejadian tebing sungai runtuh sering dilaporkan berlaku.

t/b : Kalo menjala kat parit kampung aku, lima kali baling jala ja, mesti dapat ikan ni sekor dua...
dah macam dapat taraf Permanent Resident (PR) dah ikan ni kat negara kita...

Friday, February 12, 2010

Spesis Pendatang - Peacock Bass

Bass Merak / Peacock Bass (cichla occelaris)

HABITAT ASAL
Amerika Selatan, Guana, Venezuela, Peru, Brazil, Colombia dan sekitarnya.

PENGENALAN
Ikan ini terkenal dengan sifatnya yang sangat agresif dan mempunyai daya lawan yang tinggi.

Ia tersenarai sebagai salah satu spesis 'gamefish' yang menjadi buruan para pemancing.
Di malaysia, ia boleh ditemui di tasik, lombong tinggal, kolam tadahan banjir dan kawasan berair bersih lain. Ia mula ditemui di sekitar perak, lembah kelang dan kini telah merebak ke tempat2 lain sekitar semenanjung. Ianya dibawa masuk ke negara kita oleh segelintir pemancing dengan tujuan untuk merancakkan lagi arena sukan pancing di Malaysia.

SIFAT
Bersifat pemangsa dan 'teritory' terutamanya dengan spesisnya sendiri. Ketika kecil, ia sangat sensitif dengan kualiti air dan pemakanan. Apabila telah mencapai panjang lebih 10 inci, ia mula menjadi ikan yang sangat agresif. Kitaran hidupnya adalah sekitar 10 hingga 15 tahun dan boleh mencapai panjang hingga 36 inci.
Ia menjadi lebih agresif apabila waktu mencari makan dan ketika mengawal anak.

PEMAKANAN
Diet utamanya adalah anak ikan, anak udang, cacing tanah dan lain-lain benda hidup.

CIRI-CIRI
mempunyai bentuk badan yang unik dimana ia mempunya bentuk kepala yang berbonjol dan warna badan yang berwarna warni. Dibahagian badan, ia berwarna kuning kehijauan dan mempunyai tompokan hitam di bahagian badan dan ekor. Berwarna kemerahan pada bahagian sirip bawah badan dan kehitaman pada bahagian ekor dan sirip bahagian atas badan.
Disamping itu, ia juga mudah dikenali kerana mempunyai mulut yang besar menghadap ke permukaan air serta sisik dibahagian badan yang halus.
Bagi ikan jantan dewasa, ia akan mula ditumbuhi boggol di bahagian atas kepala apabila matang manakala bagi betina pula tidak.

PEMBIAKAN
dalam keadaan liar, ia boleh bertelur sebanyak 10,000 biji telur dalang sarangnya yang berbentuk seperti kawah bulat yang digali dalam kawasan tebing tasik yang berlumpur ketika musim hujan. Setelah menetas, anak ikan ini akan dijaga oleh induk sehinggalah ia berusia 4 minggu.

t/b : Ikan ini membiak dengan cepat dan secara tak langsung merosakkan dan mengganggu ekosistem hidupan akuatik asal negara kita. kini, hampir kesemua tasik dan lombong tinggal kini didominasi oleh spesis ini.

Jangan tangkap dan lepas, tapi tangkap dan makan...

Related Posts with Thumbnails