I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, October 20, 2010

santai @ pulau ular, cherating, pahang

Salam...
dah lama rasanya tak buat rombongan ke mana mana...
minggu lepas, lepas sembang2 kat opis, budak kat opis cadang la nak p bersantai sambil memukat, menjala & memancing di pulau ular, cherating, pahang....

pakat punya pakat, balik packing barang, besoknya (16/10/2010) trus jalan ja...

kalo nak memancing, kurang skit la sbb keliling pulau ni ada batu banyak woo.. hanya teknik casting ja yg bleh dipertimbangkan.. kalo nak bottom, spare la batu ladung n mata kail banyak skit.... asyik dok lekat ja keja nya... haha

so, ada la skit hasil dari pukat yg berlubang2 (pinjam kat nelayan situ)... ini adalah kerana pokcik yg diamanahkan utk bawak pukat dah silap beli pukat da.. pelampung tak da, batu tak da.... nak pukat mcm mana.... adooii... so, misi kali ni dah jadi mcm misi bersantai makan angin la....
layan ja la no....

minum pagi di jeti nelayan kg sungai ular, cherating....

cari stok ais dulu... stanby..

sekitar jeti...

11 ahli rombongan, 3buah kereta & sebuah bot fiber kepunyaan mr checciboo....

loading time..

mr checkciboo tanpa berlengah trus mempersiapkan kelengkapan pancingnya...


sekitar campsite...
ingatkan group kami ja kat pulau tu, rupanya petang tu datang lagi 2 group pun camping kat situ gak... datang trus booking port kat atas pulau... tinggal la kami terkontang kanting kat tepi pantai... nak buat mcm mana, pacak ja la khemah.... mlm tu dengan hujan, angin, petir, smua lengkap..... hahaha.... kuyup abih.... khemah lagi tepi pantai.... rasa mcm nak terangkat khemah wooo...

ikan kerapu goreng.. cadang nak bakar, x sempat.. hujan bantai dulu...

kelam kabut makan, ujan dah datang...

ikan pari biru yg kena pukat... org ganu kata "hancing pering" ikan ni... xtau la.. xpenah makan lg... hahaha

sebahagian dari ikan yg terselamat dari sangkut menggunakan teknik bottom n casting...
saiz m & s ja... jadi la.... nak yg besar2, nak kena p tengah skit la.... baru syok....

ikan pari lang yang terkena pukat gak ni...

time nak balik, air plak surut, bot xleh dah masuk jeti.. nak kena turun kat pantai...

jauh tu nak mengangkat barang....

loading nak balik la plak..

pulau ular dari tanah besar...
lebih kurang 1.2 kilometer ja jaraknya kalo x silap...

hentian akhir sebelum bertolak balik ke KL, rnr gambang... bahagi hasil da...
so, kesimpulannya, syok gak dapat merilekkan minda skali skala...
kalo nak p lagi lain kali, kena cari pukat siap2, n xbleh nak harap orang sangat...
kalo nak mancing plak, kena ambil bot p tengah, kos sekitar rm 350 untuk sehari suntuk....
baru ada ikan kasar sikit... hahaha..
adios..

Friday, October 8, 2010

Victorinox Swiss Army Knife - Huntsman Camouflage



Description

The Victorinox Huntsman Swiss Army Knife is a hefty multi-tool for your pocket, backpack or vehicle. It includes 4 rows of blades which are invaluable in the field.

This is the most popular of the larger, four-layer Victorinox pocket knives. It weighs in at 97.5 grams (3.5 oz), and it's about 18mm thick (3/4"), which still makes it a practical "everyday carry" knife that you won't mind having in your pocket.

The Huntsman is available with red, black, or sapphire scales. It is also available in silver tech, and a varitey of retired colors.

Weight

The Huntsman knife weighs about 97.5 grams (3.5 oz).

Tools

Huntsman knives are standard sized Swiss Army knives (3 1/2" / 91mm).

They contain the following tools:

large blade, small blade, can opener with small, can opener with large, screwdriver, scissors, wood saw, corkscrew, hook, awl, toothpick & tweezers.

Some retired versions of the huntsman models

Huntsman retired colors = retired color scales
Huntsman plus = adds pen, straight pin and small screwdriver
Huntsman economy = no toothpick or tweezers (retired)
huntsman 1992 = scissors with screw (retired)
Huntsman 1980's = no hook, grooved corkscrew, scissors with screw (retired)
huntsman original = no hook, grooved corkscrew, scissors with screw, no hole in awl (retired)
Huntsman with long file = long file instead of hook (retired and rare)


Similiar Victorinox models

Campers = no scissors or hook
Climber = no wood saw
Fieldmaster = replaces corkscrew with a phillips screwdriver
Hunter = a longer-bladed knife (4 3/8" / 111mm) with a similar set of tools
Mountaineer = replaces wood saw with a metal saw
Rainier = serrated blade (retired and rare)
Ranger = adds metal saw and fine screwdriver

Similiar Wenger models

Forester = no hook, slightly smaller knife (3 1/4" / 84mm)
huntsman = phillips screwdriver instead of corkscrew, no hook


t/b : sentiasa menemaniku sepanjang masa ni.......

Saturday, August 28, 2010

Victorinox Swiss Army Knife - Outrider Camouflage



A Victorinox Swiss Army Knife is a combination of solid hand tool and inventive creativity. A characteristic feature of the Victorinox Swiss Army Knife is its multi-functionality, which makes it indispensible for many of life's situations. All Victorinox Swiss Army Knives are made from first class stainless steel and are guaranteed against any defects in material and workmanship. This knife apparently was chosen by Malaysia as official army knife.

The Outrider Swiss Army Knife has a large locking blade, a corkscrew, a can opener with a small 3 mm screwdriver, a bottle opener with an automatic locking screwdriver and wire stripper, a reamer/punch tool, a keyring, tweezers, a toothpick and a woodsaw.

These locking knives are extremely robust and lightweight, and are specially developed for the police, fire service and army. The lockable screwdriver is particularly sturdy and well-suited to opening containers etc. The corkscrew is also suitable for loosening knots and storing the mini screwdriver.

Size: 111 mm /4.3/8in long.

Victorinox Outrider Camouflage features :

  • Large locking blade
  • Phillips screwdriver
  • Can opener with small screwdriver
  • Bottle opener with large screwdriver and Wire Stripper
  • Reamer
  • Key ring
  • Tweezers
  • Toothpick
  • Wood saw
  • Scissors
  • Long, small Phillips screwdriver
t/b : dulu masa kecik cita-cita nak jadi askar, dah besar, haram.....
kalo dapat pisau askar pun jadi la....

victorinox swiss army knife - climber II




The Swiss Army Climber II Knife is a compact knife with a selection of more than 10 useful tools. Precision crafted in Switzerland, this knife is constructed with a nylon handle, and 100-percent stainless-steel components that will hold their edge and last you for years.

The Climber II weighs a lightweight 3.55 ounces and measures 3.58 inches when closed. Features include: large and small blades, two standard screwdrivers, bottle and can openers, a corkscrew, a wire stripper, scissors, key ring, reamer, and parcel hook. Tweezers and a toothpick pull out of the ends of the Climber II. Ideal for your glove box, utility drawer, or taking along for weekend trips at the cabin.

You'll be well equipped for the great outdoors with the Climber Eurosport's 15 useful tools. It is identical to the Climber 53381, but with a matte finish and at a much lower price. Features include:

1. Large blade
2. Small blade
3. Can opener
4. Small screwdriver
5. Bottle opener
6. Large screwdriver
7. Wire stripper
8. Scissors
9. Reamer
10. Sewing eye
11. Corkscrew
12. Hook
13. Toothpick
14. Tweezers
15. Key ring

Lifetime warranty.


About Swiss Army Knives

In 1884, Swiss cutler Karl Elsener set up shop in Ibach-Schwyz, installing a waterwheel in Tobelbach Brook to run his grinding and polishing machines. Thus began what would become the international brand name Victorinox, a combination of Victoria, for Elsener's mother, and "inox," or stainless steel.

Today, Victorinox produces watches, luggage, clothing, and, famously, Swiss Army Knives. The forerunner of that name dates to 1897, when Elsener patented the Swiss Officer's and Sports Knife he supplied to the Swiss Army. Following World War II, American servicemen and women shopping in PX stores shortened the name to Swiss Army Knife, which lives on in English-speaking countries around the world and has become a metaphor or versatility.

t/b : a "must have" item to all angler's out there...

Wednesday, August 18, 2010

Spesis Pendatang - Ikan talapia

Tilapia Biru / Blue tilapia (Oreochromis aureus)


Ikan ini juga selalunya dikenali sebagai tilapia Israel dan ianya amat terkenal sebagai ikan untuk sumber makanan manusia di seluruh dunia. Selain itu juga, ia sering dijadikan makanan ikan lain dan penggemar ikan hiasan memeliharanya sebagai haiwan kesayangan.

Setelah ia dikenali sebagai sumber makan manusia yang popular, ikan ini telah pun diperkenalkan untuk tujuan pembiakan di negara sekitar benua eropah, amerika dan juga asia termasuklah di negara kita ini.

HABITAT ASAL

Ikan talapia biru ini merupakan salah satu ikan yang boleh ditemui di negara-negara seperti cameroon, Mesir, Arab Saudi, Israel, Nigeria, Jordan, Mali, Chad, Sinegal serta beberapa negara lain di benua afrika dan timur tengah.

Ia dapat menyesuaikan diri dengan mudah terhadap pelbagai suasana dan persekitaran habitat di kebanyakan benua di dunia.
Di negara kita ianya boleh ditemui di hampir seluruh negara iaitu di sekitar sungai utama, tasik, lombong tinggal, parit, tali air, paya dan lain lain lagi.

CIRI CIRI

Ianya mampu membesar sehingga 45.7 cm dengan berat 2.1 kg.
Sewaktu musim mengawan, kepala ikan jantan ini akan berubah warna menjadi warna biru cerah dan hujung siripnya akan menjadi kemerahan manakala bagi iakan betina pula hujung siripnya akan berubah menjadi warna seakan akan oren.

ia juga merupaka spesis ikan yang cepat membiak dan garang terhadap ikan ikan lain terutanya ketika mengawal anak dan ianya juga bersifat teritori.

DIET

Makanan utama ikan ini adalah anak-anak ikan kecil, serangga, inverterbrata kecil, alga dan organisma kecil.

PEMBIAKAN

Sepertimana spesis 'cichlid' afrika yang lain, ia menetas dan membesar di dalam mulut.
Ikan jantan akan membina sarang dan mempertahankan kawasan sekitarnya. Semasa proses mengawan, iakan betina akan mengeluarkan telur di dalam sarang tersebut dan ikan jantan pula mengeramkannya seketika. Selepas itu ikan betina akan mengambil semula telur-telur tadi untuk disimpan di dalam mulutnya sehingga lah ianya menetas dan membesar sedikit sebelum dikeluarkan.

Ikan betina biasanya akan mencapai tahap matang apabila ukuran badannya sekitar 10 cm panjang.



Tilapia Hitam / Black tilapia (Oreochromis mossambicus).


Ikan tilapia hitam ini juga lebih dikenali sebagai tilapia 'mozambique'. Ia merupakan ikan yang popular sebagai ikan yang diternak bagi tujuan makanan. ini adalah kerana ia sememangnya salah satu spesis yang terkenal dengan sifat kelasakannya dan amat mudah untuk membiak dan dibiakkan.

walaubagaimanapun, buat masa kini ia semakin kurang diminati berbanding spesis ikan tilapia yang lain. Selain itu juga, ikan ini amat penting dalam industri perikanan dimana ianya dikembangbiakkan dan dikacukkan bagi menghasilkan baka-baka yang bermutu.


HABITAT ASAL


Ia adalah berasal dari benua afrika iaitu Malawi, Mozambik, Swaziland, zambia, Zimbabwe dan Afrika selatan.
Ianya diperkenalkan bagi pembiakan bagi tujuan makanan di seluruh dunia yang mana suhu dan persekitannya hampir sama dengan habitat asal ikan ini.

Dinegara kita ianya boleh ditemui di seluruh negara dan mendiami sekitar sungai, parit, tali air, lombong dan lain-lain lagi.

DIET

Ia merupakan spesis yang menapis makanan iaitu plakton di dalam air sebagai sumber makanannya. Selain itu, ia juga memakan serangga kecil, anak-anak ikan kecik dan mikroorganisma kecil.

PEMBIAKAN

Sepertimana spesis 'cichlid' afrika yang lain, ia menetas dan membesar di dalam mulut.
Ikan jantan akan membina sarang dan mempertahankan kawasan sekitarnya. Semasa proses mengawan, iakan betina akan mengeluarkan telur di dalam sarang tersebut dan ikan jantan pula mengeramkannya seketika. Selepas itu ikan betina akan mengambil semula telur-telur tadi untuk disimpan di dalam mulutnya sehingga lah ianya menetas dan membesar sedikit sebelum dikeluarkan. Proses penetasan biasanya memakan masa antara 3 - 4 hari.

Ikan ini juga bersifat agresif dan teritori.


Tilapia Merah / Nile Tilapia (Oreochromis niloticus)


HABITAT ASAL

Berasal dari benua afrika iaitu di negara Bukina Faso, Cameroon, Chad, Mesir, Ghana, Liberia, Mali, Nigeria, Sinegal, Serra Lion, Uganda, Togo, Sudan dan lain-lain negara di benua afrika.

Ikan spesis ini merupakan ikan yang penting sebagai sumber makanan manusia yang mana ia telah di ternak di hampir seluruh dunia selain dari kutub utara dan selatan sehinggakan di sesetengah negara, ia menjadi ancaman terhadap spesis asal setelah diperkenalkan.

CIRI CIRI

Saiz terbesar yang pernah direkodkan adalah 60 cm panjang dan berat melebihi 2 kilo.

Keseluruhan badan adalah berwarna merah termasuklah siripnya dan kadang kala berwarna sedikir kehitaman di bahagian hujung sirip.

DIET

Ia merupakan spesis yang menapis makanan iaitu plakton di dalam air sebagai sumber makanannya. Selain itu, ia juga memakan serangga kecil, anak-anak ikan kecik dan mikroorganisma kecil.

PEMBIAKAN

Sepertimana spesis 'cichlid' afrika yang lain, ia menetas dan membesar di dalam mulut.
Ikan jantan akan membina sarang dan mempertahankan kawasan sekitarnya. Semasa proses mengawan, iakan betina akan mengeluarkan telur di dalam sarang tersebut dan ikan jantan pula mengeramkannya seketika. Selepas itu ikan betina akan mengambil semula telur-telur tadi untuk disimpan di dalam mulutnya sehingga lah ianya menetas dan membesar sedikit sebelum dikeluarkan. Proses penetasan biasanya memakan masa antara 3 - 4 hari.


Tilapia Belang / Bended Tilapia ( Tilapia Sparrmanii )


Ikan ini juga lebih dikenali sebagai 'sparrman's tilapia'. Bentuk badan ikan ini juga adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan spesis tilapia 'mozambique di mana ianya mempunyai marna kemerah-merahan di bahagian bawah dada.

Ikan ini juga merupakan spesis yang amat diminati oleh kaki pancing sebagai 'gamefish' kerana sifatnya yang agresif dan daya juang yang kuat apabila melarikan umpan terutamanya apabila musim membiak iaitu sekitar bulan November hingga March.

Di negara kita, ikan ini biasanya di temui di lombong tinggal, kolam, tasik di seluruh negara.

DIET

Ia merupakan spesis yang menapis makanan iaitu plakton di dalam air sebagai sumber makanannya. Selain itu, ia juga memakan serangga kecil, anak-anak ikan kecik dan mikroorganisma kecil.

Secara purata, ia mampu mencapai berat sekitar 60 gram hingga 150 gram.

PEMBIAKAN

Ikan ini berbeza sedikit dari yang lain kerana ia biasaya akan bersarang di lubang-lubang berhampiran tebing tasik dan sungai serta celahan batu dan juga di bawah rimbunan tumbuhan akuatik.

Ikan jantan dan ikan betina akan mengawan dan mengawal sarangnya hinggalah telur-telur tersebut menetas. Setelah menetas, induk akan terus menjaga anaknya itu sehinggalah besar dan berpisah.

Saiz biasa yang di temui di negara kita


Selain itu juga terdapat beberapa lagi sub spesis lain yang belum dikenalpasti telah membiak dan mendiami tasik serta lombong di negara kita.

Kemungkinan besar ia adalah kesan daripada kerancakan aktiviti berkaitan industri ikan hiasan di negara kita dan telah terlepas keluar ataupun dilepaskan oleh 'tangan-tangan gatal' yang tidak memikirkan kesan dan impaknya pada ekosistem serta spesis hidupan asal di negara kita ini.


t/b : warna - warni aidilfitri sungguh...

Tuesday, June 22, 2010

Siakap kolam la pulak....

salam...
lama sungguh xupdate blog ni.. dah naik semak dah....
ni adalah kerana kes sindrom ke'kumpau'an yang sering melanda... hahahaha
.
so, bagi mengubat rasa "parkingson" tersebut, saja2 ja la try main ikan siakap kolam la plak kot....
.
Lokasi kolam pekan subang dan ahli komplot, mcm biasa en. ujang dan en. panjang....
mr checkciboo balik kampung dia kuala kangsar....
.
teknik casting isi udang dan umpan udang hidup....


jadi
la pelepas gian tangan gatal.... hahahah

setelah mengalami kekumpauan teruk di kolam kundang,
try kolam sini plak....

antara hasil mlm tu....
.
t/b: aku punya sekor ja (yang tengah), lagi 2 ekor budak2 tu dapat.. hahaha...

Monday, May 3, 2010

main ATV la plak...

Salam...
1 mei 2010 aritu budak2 opis aku ada menganjurkan satu komplot riadah main atv di Atv anventure park kuala lumpur di kg kemensah, belakang zoo negara...
.
sesaja nak try main menda ni plak, dok naik moto ja, boring gak kan...
so layan ja la kot, malas nak ulas panjang panjang...
.
pakej yg kami ambil, trip 1 - 1 1/2 jam ke air terjun kamisah = RM 100.
Trek berbukit dia ni bleh gagah gak cabaran nya....
Byk laluan sempit dan berbukit, tp susah nak amik gambar...
naik bukit ja....tunggu kwn2 yg tertinggal...
hutan buluh...
air terjun kamisah.. 6 tingkat ni...

walaupun air cetek, jadilah....
ahli2 komplot..
till next projek....

Related Posts with Thumbnails