I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 30, 2010

Kenduri akikah batrisyia & arissa

salam..
Hujung minggu lps aku dan adik aku yang duduk kat kelantan sempat mengadakan majlis kenduri akikah untuk si batrisyia dan arissa.
Dok plan lama dah, tp sbab nak setting tarikh yg sesuai payah, so berlarutan la sampai hujung minggu lps...
kenduri kecil-kecilan ja la.. maklumlah, cuti sekolah, byak kenduri kahwin...
so layan ja la gambar ok...

Kambing ni beli kat kandang padang huma ni...
bleh la dpt murah skit....

owner dia jual sbab banyak sgt teruna kat kandang dia...

haaa.. ni la sepupu aku tu..
merangkap tuan punya kandang la...

last moment...

mmg sehati sejiwa la kambing 2 ekor ni...hahaha..

abg aku, johari dan mat shamir prepair untuk proses melapah..

4 orang punya kerja.. abang aku, aku, adik ipar aku ady dan kawan dia budak sabah...
selesai... berapa jam?.. jgn tanya.. biasa la amatur... hahaha

bikin kurma....

jemputan sekitar kampung dan saudara mara sahaja...

makan time...

ni la mak aku... dok tengah layan si arissa...

garang woo mek ni.. jgn memain...

batrisyia dan arissa atas satu troli..

ni la kelaku anak aku batrisyia.. mentang2 dia dah ada gigi 6 batang..

dia kira nak gigit orang ja... hahaha..

Sunday, March 28, 2010

padang huma @ padanghuma

Salam
ok, kali ni aku nak cerita skit pasal title blog aku ni...
apasal aku guna nama padang huma dan xguna nama lain... haha..
nama kg aku panjang dan padang huma ni menyimpan banyak nostalgia masa aku kecik2 dulu..

dulu kampung ni adalah laluan pintas aku kalo nak ke umah mak teh aku kat kampung jarak atas..
dulu sini adalah kawasan bendang dan kebun sayur..
arwah tok aku pernah duduk kat sini, sebelum pindah ke gurun kedah..

kampung huma @ padang huma ni penduduknya xla ramai.. sekitar 10 biji rumah ja dan terletak bersebelahan dengan kampung aku, bukit berangan, guar petai, dan kampung baru..

signbord depan jalan masuk..

Dulu asalnya bendang... skrg dah jd ladang kelapa sawit...

untuk makluman, antara padang huma ngan kampung aku ada sungai kulim yang mana ianya merupakan sempadan antara seberang perai tengah dan seberang perai utara..
sebab tu la kampung huma ni bawah parlimen tasik gelugor dan kampung aku pulak bawah parlimen permatang pauh...

ni la tapak umah nenek aku dulu..
mak aku pernah membesar di sini sebelum kahwin ngan ayah aku..
la ni mak teh aku usahakan dengan bela kambing dan lembu..

kandang lembu mak teh aku.. sepupu aku isa full time buat keja ni..
ada ja permintaan untuk daging lembu ni.. tambah2 kalo musim raya haji n musim orang kahwin..

Siap ada bela ikan talapia merah lagi tu... rajin woo depa ni..
ngam2 parit tu letak jaring...
ingat kat sungai besar ja bleh ternak ikan, kat parit ni pun bleh... hahaha..
kreatif..

Santai @ mengkuang dam, penang

Minggu lps aku balik kg coz aku buat kenduri akikah anak aku kat kampung..
so, anak2 buah aku semua balik..
pagi tu, xda keja apa, aku bawak depa g jalan2 kat mengkuang dam..
umah aku nak ke sini lebih kurang 15 minit ada la kot...
pagi2 hari minggu mmg ramai org jogging kat sini..

Pagar akhir kat ujung trek..
ada lg laluan, cuma dah xberturap.. kena lalu denai dan kawasan kebun..
lain kali la masuk plak...

ni la anak2 buah aku..
amin, ijat, shazwan, fitri aiman dan mat shamir..

tasik ni dikendalikan oleh Pihak Berkuasa air pulau pinang (PBA)
Ia berfungsi sebagai tempat simpanan air selain sumber air dari sungai2 untuk bekalan air bersih sekitar seberang perai.

time masuk...

time keluar...
padan muka masing2... sapa suruh ikut.. hahaha
time kami p ni, matahari dah mula naik...

t/b : orang cakap ikan toman banyak kat sini.. tp sayang. dilarang memancing..
kalo nak jugak, kena redah masuk utan...

Thursday, March 25, 2010

Batrisyia @ Tanjung Emas, Muar..


salam..
lama xdapat nak update blog ni sbb laptop aku xleh nak deteck henpon aku...
ntah pasai apa ntah la... dah jenuh try...

2 minggu lps aku balik kg bini aku kat muar, johor..
sempat la g jalan2 kat pekan muar...
batrisyia la ni dah hampir setahun.. lg seminggu kot.. hahaha

Thursday, March 11, 2010

Kap Pembunuh

Ikan kap adalah nama umum bagi pelbagai jenis ikan air tawar dalam keluarga Cyprinidae iaitu satu kumpulan besar ikan yang berasal dari Asia dan Eropah.

Sesetengah orang menganggap kesemua ikan siprinid sebagai kap dan keluarga Cyprinidae itu sendiri dikenali sebagai keluarga kap.

Bagaimanapun, bagi kegunaan harian, kap biasanya merujuk kepada hanya beberapa spesies besar siprinid seperti Cyprinus carpio (kap biasa), Carassius carassius (kap Crucian), Ctenopharyngodon idella (kap rumput), Hypophthalmichthys molitrix (kap perak), dan Hypophthalmichthys nobilis (kap kepala besar).

Kap telah lama menjadi sumber makanan penting bagi manusia, dan juga sebagai ikan hiasan seperti pelbagai jenis ikan mas dan kap biasa yang dikenali sebagai ikan koi. Akibatnya, ikan kap telah diperkenalkan di pelbagai tempat sungguhpun dengan pelbagai hasil.

Selain sebagai sumber makanan, ikan kap juga dipelihara sebagai ikan hiasan.

Ikan kap boleh menjadi sangat berbahaya kepada ikan tawar yang lain. Mereka akan memakan tumbuhan air yang membekalkan oksigen. Oleh yang demikian ia akan menyukarkan spesies ikan lain untuk mendiami habitat berkenaan.

Ikan kap Asia mula diperkenalkan di negara-negara selatan Amerika Syarikat (AS) dari China sekitar tahun 1970-an untuk membantu membersihkan tangki kolam air ikan.

Selama lebih daripada 30 tahun, spesies berkenaan mendiami sungai Mississippi hingga memusnahkan ekosistem sungai berkenaan.

Pada Disember tahun lalu, penemuan DNA ikan kap hanya beberapa batu daripada Great Lake di Chicago telah mengejutkan banyak pihak.

Kap Asia juga dikenali sebagai 'terminator' bagi dunia ikan. Ia boleh membesar sehingga 1.2 meter dan 50 kilogram serta boleh makan sehingga 40 peratus berat badannya dalam masa sehari.

Perkara berkenaan menghalang tumbesaran dan pembiakan spesies ikan jenis lain untuk hidup dalam habitat yang sama.

Selain itu, ikan kap Asia juga mempunyai keupayaan untuk melompat sehingga paras dua meter ke udara sehingga mengganggu bot-bot yang lalu di kawasan berkenaan.

"Ikan-ikan ini mengganggu kehadiran bot, mencederakan orang ramai sehingga ada yang hampir lemas di sungai Mississippi," kata Joel Brammeier iaitu salah seorang ahli persatuan pemuliharaan alam sekitar Great Lakes.

Pada awal Februari lalu, pentadbiran Presiden Barack Obama memperuntukkan sebanyak AS$78.5 juta (RM27 juta) bagi membangunkan rancangan menyekat kehadiran ikan berkenaan.

Usaha berkenaan memberi tumpuan kepada pembinaan satu halangan elektronik yang dibina oleh jurutera AS merentasi terusan yang perlu dilalui oleh ikan-ikan berkenaan untuk sampai ke kawasan tasik berkenaan.

Penghalang berkenaan mula dibuka tahun lalu. Ia direka bagi membolehkan kapal-kapal untuk melalui kawasan berkenaan namun dapat menghalang kemasukan ikan kap.

Alat berkenaan berfungsi dengan cara menyalurkan arus elektrik dengan voltan yang tinggi ke dalam air yang bertujuan untuk mengejutkan, namun ia bukan bertujuan untuk membunuh ikan kap.

Persoalan yang paling besar ialah sama ada penggunaan arus elektrik berkenaan benar-benar selamat tanpa membunuh ikan kap berkenaan.

Namun menurut pengurus alat tersebut, Chuck Shea, langkah itu difikirkan sebagai kaedah terbaik bagi mengawal situasi berkenaan.

"Saya tak fikir kami boleh memberi jaminan 100 peratus, tapi sebanyak 99 peratus kami yakin ikan-ikan berkenaan akan berpusing balik," katanya.

( sumber : Mstar online 13 / 3 / 2010 )

t/b : kat U.S. pun ada gak masalah ikan pendatang ni rupanya... kalo casting ikan ni atas bot checkciboo, mau tercunggit bot dia ni.... hahaha...

Sunday, March 7, 2010

trip tongkang @ jeti pulau ketam

salam..
Malam minggu aritu budak2 kat umah aku ujang, ajis, hasnol dan samsol ajak g try memancing area jeti pulau ketam, pelabuhan klang...
tempat pun tak tau, main redah ja....

Mula-mula ingat nak macing atas jeti simpan keta kat depan stesen komuter tu, redah la masuk... baru nak jalan g jeti, datang anjing 4 ekor hambat... kelam kabot habis... hahaha... hampeh betul la... datang apek jaga kat situ suruh kami keluar sbab dia cakap situ kawasan larangan koz tempat orang simpan kereta nak p pulau ketam.... silap information punya hal la ni... selamat xkena tokak ngan anjing tu... hahaha..

Lepak atas jeti bot nak g pulau ketam plak, ada la 5 orang mamat kelantan ni dok jinjing rod sorang satu, dia cakap nak g mancing atas tongkang yang parking kat tengah muara, cantek la... kami pun join la, apa lagi...
tambang sehala 5 hinggit, so 10 hinggit la... nak balik, call dia...

p sana 5 orang tp, samsol kena tinggal kat jeti sebab badan dia xleh lepas palang kat jeti pulau ketam... untuk makluman jeti tu tutup sebab dah pukul 12 lebih dan kena masuk ikut lubang palang ja la... sapa badan besar mmg xlps... hahaha... kat blok pun jadi jaga, ikut mancing pun jadi jaga gak... jaga keta... hahaha... xda rezeki...

Walaupun kebanyakan ikan yang dapat gelama ngan duri ja, tp bleh tahan la dia punya saiz.. xla boring sngat mcm kat bwh jambatan pulau indah aritu...

Hasnol dapat ikan ni... dia firsttime mancing ni... xpenah pegang rod dia ckp...
dia keja pomen, slalu pegang spana ja...
Kerapu Singa / Gulf toadfish (Opsanus Beta)

Ujang dengan bangganya bersama gelama kurus yang dia dapat...

ajis, juara dalam katogeri haji sirat...
lebih kurang 7 ekor dia dapat... hahaha...

gelama saiz2 mcm ni seronok gak la layan....

Ni ikan yg geng mamat kelantan tu dapat, pakai umpan umpun-umpun katanya...
Gerut-gerut / Grunter (Pomadasys spp.)

So ini la hasil hasil trip kami mlm tu... dengan umpan habis, tong ikan ngan ais pun haram xbawak, selamat ada bekas jeruk ni ajis rembat masa kat jeti, kalo tidak, pakai letak ikan dalam plastik ja la....
Related Posts with Thumbnails