I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 11, 2010

Kap Pembunuh

Ikan kap adalah nama umum bagi pelbagai jenis ikan air tawar dalam keluarga Cyprinidae iaitu satu kumpulan besar ikan yang berasal dari Asia dan Eropah.

Sesetengah orang menganggap kesemua ikan siprinid sebagai kap dan keluarga Cyprinidae itu sendiri dikenali sebagai keluarga kap.

Bagaimanapun, bagi kegunaan harian, kap biasanya merujuk kepada hanya beberapa spesies besar siprinid seperti Cyprinus carpio (kap biasa), Carassius carassius (kap Crucian), Ctenopharyngodon idella (kap rumput), Hypophthalmichthys molitrix (kap perak), dan Hypophthalmichthys nobilis (kap kepala besar).

Kap telah lama menjadi sumber makanan penting bagi manusia, dan juga sebagai ikan hiasan seperti pelbagai jenis ikan mas dan kap biasa yang dikenali sebagai ikan koi. Akibatnya, ikan kap telah diperkenalkan di pelbagai tempat sungguhpun dengan pelbagai hasil.

Selain sebagai sumber makanan, ikan kap juga dipelihara sebagai ikan hiasan.

Ikan kap boleh menjadi sangat berbahaya kepada ikan tawar yang lain. Mereka akan memakan tumbuhan air yang membekalkan oksigen. Oleh yang demikian ia akan menyukarkan spesies ikan lain untuk mendiami habitat berkenaan.

Ikan kap Asia mula diperkenalkan di negara-negara selatan Amerika Syarikat (AS) dari China sekitar tahun 1970-an untuk membantu membersihkan tangki kolam air ikan.

Selama lebih daripada 30 tahun, spesies berkenaan mendiami sungai Mississippi hingga memusnahkan ekosistem sungai berkenaan.

Pada Disember tahun lalu, penemuan DNA ikan kap hanya beberapa batu daripada Great Lake di Chicago telah mengejutkan banyak pihak.

Kap Asia juga dikenali sebagai 'terminator' bagi dunia ikan. Ia boleh membesar sehingga 1.2 meter dan 50 kilogram serta boleh makan sehingga 40 peratus berat badannya dalam masa sehari.

Perkara berkenaan menghalang tumbesaran dan pembiakan spesies ikan jenis lain untuk hidup dalam habitat yang sama.

Selain itu, ikan kap Asia juga mempunyai keupayaan untuk melompat sehingga paras dua meter ke udara sehingga mengganggu bot-bot yang lalu di kawasan berkenaan.

"Ikan-ikan ini mengganggu kehadiran bot, mencederakan orang ramai sehingga ada yang hampir lemas di sungai Mississippi," kata Joel Brammeier iaitu salah seorang ahli persatuan pemuliharaan alam sekitar Great Lakes.

Pada awal Februari lalu, pentadbiran Presiden Barack Obama memperuntukkan sebanyak AS$78.5 juta (RM27 juta) bagi membangunkan rancangan menyekat kehadiran ikan berkenaan.

Usaha berkenaan memberi tumpuan kepada pembinaan satu halangan elektronik yang dibina oleh jurutera AS merentasi terusan yang perlu dilalui oleh ikan-ikan berkenaan untuk sampai ke kawasan tasik berkenaan.

Penghalang berkenaan mula dibuka tahun lalu. Ia direka bagi membolehkan kapal-kapal untuk melalui kawasan berkenaan namun dapat menghalang kemasukan ikan kap.

Alat berkenaan berfungsi dengan cara menyalurkan arus elektrik dengan voltan yang tinggi ke dalam air yang bertujuan untuk mengejutkan, namun ia bukan bertujuan untuk membunuh ikan kap.

Persoalan yang paling besar ialah sama ada penggunaan arus elektrik berkenaan benar-benar selamat tanpa membunuh ikan kap berkenaan.

Namun menurut pengurus alat tersebut, Chuck Shea, langkah itu difikirkan sebagai kaedah terbaik bagi mengawal situasi berkenaan.

"Saya tak fikir kami boleh memberi jaminan 100 peratus, tapi sebanyak 99 peratus kami yakin ikan-ikan berkenaan akan berpusing balik," katanya.

( sumber : Mstar online 13 / 3 / 2010 )

t/b : kat U.S. pun ada gak masalah ikan pendatang ni rupanya... kalo casting ikan ni atas bot checkciboo, mau tercunggit bot dia ni.... hahaha...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails