I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 7, 2010

Spesis Terancam - Ayam Hutan


Ayam Hutan / Red Junglefowl ( Gallus Gallus)

STATUS
Akta 72/76, diperlindungi

Adalah menjadi suatu kesalahan
bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972/76 seksyen 68 iaitu menembak, membunuh dan mengambil binatang liar yang dilindungi.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

PENGENALAN

Ianya adalah tergolong dalam keluarga 'phasianidae' dan mempunyai fizikal dan tingkah laku seperti ayam kampung biasa. Ianya boleh ditemui di sekitar pingir hutan, ladang kelapa sawit dan hutan paya bakau.

Mempunyai warna yang sangat jelas terutama dibahagian tengkuk yang panjang dan mempunyai bulu yang berwarna merah kehitaman dan kuning keemasan. Bulu bahagian sayap sedikit kehitaman serta sedikit hijau kebiruan. Bahagian ekor pula bewarna hitam dan kehijauan berkilat dan terjungkit sedikit keatas.

Bagi bahagian kepala pula, ianya mempunyai balung sperti ayam biasa, muka dan gelabir bewarna merah dan mempunyai tanda putih pada bahagian bawah telinga.

Bagi ayam hutan betina pula, pada bahagian atas badan ianya bewarna coklat lusuh dengan jalur-jalur halus kehitaman dan putih kekuningan.

Pada bahagian dada bewarna coklat dengan comotan bewarna coklat kemerahan dan pada bahagian kepala pula ianya mempunyai kulit kepala bewarna merah jambu dan mempunyai tanda putih pada bahagian bawah telinga.

TUMBESARAN

panjang keseluruhan bagi ayam hutan jantan adalah sekitar 65 - 78 cm (ekor pula sepanjang 28 cm) manakala bagi ayam hutan betina adalah sekitar 41 - 46 cm dan berat purata adalah sekitar 500 - 1700 gram.

HABITAT

Pinggir hutan, kawasan lapang, kawasan hutan sekunder, darai kawasan semak samun hinggalah ke ketinggian 1830 m dari aras laut.

DIET

Serangga kecil, invertebrata, buji-bijian hutan, buah-buahan dan pucuk-pucuk tumbuhan.

SIFAT

Spesies ayam hutan ini boleh terbang dan biasanya ianya berjalan dicelahan pokok-pokoh hutan untuk mencari makanan. Sekiranya ada gangguan pemangsa, ianya akan terbang untuk menyelamatkan diri dan tidur di atas pokok.

Ianya berkokok seperti ayam kampung biasa tetapi mempunyai nada yang lebih tinggi dan nota terakhir berakhir lebih pendek. Ini adalah sebagai tanda kawalan kawasanya.

PEMBIAKAN

Ayam hutan membiah disepanjang tahun dan ayam hutam betina mampu menghasilkan 4 - 9 biji telur bagi setiap eraman dan sarangnya biasa yan dibina atas tanah dan celahan akar pokok.


t/b : Pemburuan secara haram yang berleluasa bakal menyebabkan spesies ini semakin sukar ditemui.

Tinggalkan la sikit untuk anak cucu kita takut nanti depa xdapat nak beza mana ayam hutan dengan ayam kampung..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails