I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 22, 2009

kalo la ada kat laut malaysia la kan?....

Udang kara gergasi


Pasangan suami isteri Simon Sharp dan Lizzy mungkin mencipta sejarah menangkap udang kara terbesar di perairan Britain dalam tempoh 80 tahun.

Sejurus selepas menaikkan udang kara gergasi itu, pasangan terbabit merakamnya menggunakan telefon bimbit dan melepasnya semula ke laut dengan alasan enggan mengambil risiko membawanya ke darat.

Menurut Sharp, pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika udang kara itu dibiarkan lebih lama dalam bot mereka.

Tambahan pula pakar marin berkata, udang kara berkenaan - 35 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar - boleh menyebabkan tangan manusia putus.




Pasangan itu sedang memancing apabila menyedari udang kara itu - dipercayai berusia lebih 100 tahun - tersangkut di jaring mereka di luar pantar Dartmouth, Devon.


Bagaimanapun, dengan hanya berbekalkan bukti bergambar, dakwaan Sharp mungkin tidak dapat diterima begitu saja.

Tiga tahun lalu, seorang remaja memancing berhampiran dermaga di Deal Kent menangkap udang kara jauh lebih besar berbanding dijaring Sharp.

Louie Smith berusia 16 tahun ketika dia menaikkan udang kara seberat 5 kilogram

Menurut Sharp, walaupun teruja menangkap udang besar, keadaannya yang sangat tua dan seolah-olah uzur.

"Ia tidak baik untuk dimakan dan liat,

"Justeru, lebih elok dikembalikan semula ke laut," katanya.

Seorang nelayan sambilan, Sharp berkata, dia menandakan udang itu sebelum membuangnya ke laut bagi mengelak ia ditangkap semula mana-mana nelayan.

Sementara itu, Lizzie berkata, dia berani memegang udang kara berkenaan walaupun besar kerana pergerakannya sangat perlahan.

"Tiada apa yang membimbangkan kami, katanya.

Jurucakap Persatuan Pemuliharaan Marin berkata, besar kemungkinan usia udang kara itu lebih seabad.

"Barangkali ia menemui tempat perlindungan yang baik dan terus membesar.

"Setakat ini, ia adalah udang kara terbesar pernah kami ketahui ditangkap di negara ini," katanya.

Menurut jurucakap berkenaan, tindakan Sharp mengembalikan udang kara itu ke laut patut dipuji.

"Udang kara matang sangat penting untuk pembiakan kerana semakin tua ia, semakin tinggi daya pembiakannya," katanya.

Menurut rekod, udang kara terbesar pernah ditangkap di Kanada pada 1977. (sumber : harian metro 22/12/09)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails