I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 23, 2010

Undi & makan @ JPB

Salam..
hari ni 23/2/2010 Badan Amal Dan Sukan (BAS) JPB telah menganjurkan satu majlis pengundian untuk pemilihan kepimpinan yang baru bagi badan tersebut untuk sesi 2010 - 2012.
Bersempena dengan perayaan tahun baru cina yg telah disambut oleh kaum cina minggu lepas, Dr. leong telah sudi untuk mengsponsor sedikit jamuan makan untuk semua staff jpb...
nak crita panjang2 pun, aku dah mengantuk, so hampa layan ja la gambaq no....

SESSI PENGUNDIAN

En. kamaruddin B. zakaria @ mat senyum dengan tergesa-gesa menunaikan kewajipannya untuk mengundi setelah dipaksa oleh penyokong2 parti bertanding yang berkumpul di hadapan pintu masuk ke pusat pembuangan undi...

Petugas pilihanraya..
ni pun calon gak ni... Cik izra & en. mat jiwa...

salah seorang calon yang bertanding iaitu en sulaiman yang mewakili parti boya kelihatan sedang membuang undi...
Mr heu dok tgh pikir nak pangkah ka, nak rite ni.... hahaha...

Ni calon paling popular ni...
Mr nazri @ Ikutdaymay tgh membuang undi....

Proses pembuangan undi berlangsung dari pukul 10 pg hinggalah pusat pengundian ditutup tepat jam 3 petang.
Tiada sebarang kekecohan yg berlaku sepanjang proses pengundian berlangsung kecuali sedikit insiden pergaduhan kecil iaitu ketika perayu undi menyerbu mat senyum untuk mengundi calon parti masing masing... hahaha...

JAMUAN MAKAN

Mr awe tgh mengskodeng lauk ketika lauk sampai kat lobi MTR...
patut pun lauk kurang... hahahah...

Ada ja gaya anak dara 2 orang ni... su ngan dekda....

Suasana kat pintu masuk utama tkt 19...

Tuan haji hamit tgh bagi ucapan aluan diikuti oleh tuan pengarah..
Perasan tak kat kanan 2 orang tu... azmir n shahrizal...

Izra nak jadi tokey papedom ka?... hahaha... jgn marah aaa...

makan time....

Haji baharudin n ikutdaymay tgh amik lauk.....
Aji menang dengan kadar majoriti yang tinggi walaupun beliau telah pun menyerahkan surat penarikan diri dari bertanding kepada tuan haji hamid...

Budak2 ni lagi.... paezah, su n dekda... pakej 3 serangkai....
sempat lg pose depan toilet.. hahaha..

Bungkus time...

PROSES PENJUMLAHAN UNDI

Ni semua bidan2 terjun yang dipanggil untuk membuat perjumlahan undi...
Ini adalah kerana calon yg bertanding xbleh campor... Tengok kat tepi ja... hahaha...

kak jah, aku, en nazir, ijat & yuzu pun belasah kira....
so, keputusan rasminya :

Presiden : Haji Rauf
Timbalan Presiden : En Nazri said
Setiausaha : En. Rastman Amit
timbalan Setiausaha : En. mohd Jiwa Khairi
AJK : Nazri Mohammad @ Ikutdaymay, zaharah alang, kamaruzzaman, Izra, CC Mior, & en. Sulaiman.
Bendahari : haji Baharudin
Juruaudit : En. Suzrin n En. Nazri salleh

So, berakhirlah segala proses pegundian bagi kepimpinan Badan Amal Dan Sukan (BAS) JPb sagi sessi 2010 -2012 dan makan2 sempena tahun baru cina untuk tahun ni...
Kepada calon2 yang menang, diucapkan tahniah, dan selamat menjalankan tugas yang telah di amanahkan oleh pengundi masing masing....
jgn main-main aaa.... hahahaha....

Monday, February 22, 2010

Spesis Terancam - Burung Murai Batu

burung jantan
burung betinaBurung Murai Batu / White-rumped Sharma (copsychus malabaricus)

STATUS
Akta 76/72, diperlindungi


Burung Murai Batu ini merupakan spesis yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar 1972, dan mereka yang menangkapnya boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

PENGENALAN
Burung ini merupakan salah satu spesis yang popular sebagai haiwan peliharaan di negara kita, Singapura dan juga di Indonesia. Ianya boleh ditemui dengan mudah di kedai-kedai yang menjual haiwan peliharaan seluruh negara dan harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Untuk memelihara burung spesis ini, kebenaran daripada Jabatan perhilitan adalah diperlukan. Akibat dari penangkapan yang berleluasa oleh penggemarnya, kini ia semakin diancam kepupusan dan hampir sukar untuk ditemui terutamanya di habitat asalnya.

SIFAT
Burung jantan hitam berkilat dengan dada warna berangan (chestnut) dan bulu putih pada ekor dan hujung ekor. Burung betina adalah lebih keperangan, dan biasanya lebih pendek berbanding burung jantan. Kedua jantina mempunyai paruh hitam dan kaki merah jambu. Burung jantan muda mempunyai warna keperangan atau kelabu, menyerupai burung betina, dengan dada bertompok.

Ia adalah pemalu tetapi mempertahankan kawasannya. Kawasan ini mungkin dikongsi semasa musim pembiakan dengan burung jantan mempertahankan kawasan tersebut, tetapi setiap jantina mungkin mempunyai kawasan berlainan diluar musim mengawan.


Bunyi nyanyian spesies ini amat merdu dan kaya. Ia amat kuat dan jelas, dengan pelbagai frasa, dan sering kali mengajuk bunyi burung lain. Ia juga menghasilkan bunyi klik ('Tck') dengan sayapnya apabila resah atau terbang di kawasan terbuka.


MAKANAN
serangga dan inverterbrata.

HABITAT
Boleh ditemui dikawasan tanah pamah dipterokap, hutan sekunder, kawasan hutan buluh hinggalah ke kawasan berketinggian sehingga 1525 m dari aras laut.


PEMBIAKAN
Burung Murai Batu membiak dengan cara bertelur. Kebiasaannya Ia akan memilih lubang pada dahan pokok mati untuk bersarang.Burung betina akan bertelur antara 2 hingga 3 biji setiap musim. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarangnya.Semasa proses mengeram yang mengambil masa antara 12-15 hari, burung jantan dan betina akan bergilir mengeram telur dan seterusnya memberi anak yang menetas hinggalah boleh mencari makanan sendiri.

Semasa mengawan, burung jantan akan mengejar burung betina, hinggap di atas burung betina, membuat bunyi panggilan nyaring, dan kemudian mengembangkan ekornya. Ini kemudiannya diikuti dengan pola penerbangan turun naik oleh pasangan tersebut. Sekiranya burung jantan gagal menarik minat burung betina, burung betina akan mengancam burung jantan, mengacu dengan paruh terbuka.

Penjagaan telur dilakukan oleh bersama oleh pasangan tersebut. Sarang diperbuat kebanyakannya dari akar, daun serta batang paku pakis dan pengeraman biasanya berlansung selama 12 hingga 15 hari. Telur bewarna putih hingga biru lembut (light aqua), dengan tompokan keperangan, dan sekitar 0.7 hingga 0.9 inci.

t/b : kalo kita rajin berjalan2 kat kedai burung, mesti kita perasan akan kelibat burung ni.. bersepah-sepah.. ntah ada permit ka tidak, wallah huallam...

Sunday, February 21, 2010

Spesis Pendatang - Ikan Rohu

Ikan Rohu / Ara ( labeo rohita)

HABITAT ASAL

Pakistan, India, Bangladesh, Myanmar & Nepal

Merupakan salah satu spesis air tawar yang amat terkenal sebagai ikan yang mempunyai daya pecutan yang tinggi apabila memakan umpan dikalangan kalangan kaki pancing. Hampir semua kolam pancing bayar ikan air tawar di negara kita kini menggunakan spesis ini sebagai daya penarik kepada kaki pancing disamping beberapa spesis lain seperti pacu, tongsan, patin dan lain-lain lagi.

Tergolong dalam keluarga kap dan ia mudah menyesuaikan diri dalam persekitaran dan cuaca dinegara kita. ia dibawa masuk kenegara kita bagi tujuan merancakkan lagi industri sukan memancing di sini (kolam bayar) dan mungkin ia telah terlepas keluar dan membiak di habitat luar dan kini ia boleh ditemui di lombong tinggal dan tasik sekitar perak dan lembah kelang.

SIFAT

Mempunyai bentuk badan dan sisik yang seakan akan ikan jelawat. Bahagian atas badan mempunyai warna sisik yang agak kehitaman serta putih di bahagian bawah.
Sirip di bahagian bawah badannya bewarna sedikit kemerahan.

Ia mampu membesar sehingga mencapai panjang 200 cm, berat 45 kilogram dan jangka hayatnya adalah sekitar 10 tahun.


t/b ; karen woo kena dia punya sentap... kalo yang skala dalam 1.5 -2 kg, mau mencanak-canak tali keluar dari spool...

Thursday, February 18, 2010

Batrisyia & giginya lagi...

lagi satu batang gigi tengah on the way....

La ni tiga batang gigi dah nampak jelas, lg 1 dah tubuh, cuma belum kelihatan..
skrg pantang dapat tangan ka, barang ka, semua nak ditokaknya...
sakit wooo...

Monday, February 15, 2010

Spesis Pendatang - Kerapu Lombong

Ikan betina bersama anaknya
Mr checkchiboo bersama kerapu lombong yang dipancing di sungai buluh

Kerapu Lombong / Jaguar chiclid (Parachromis managuensis)

HABITAT ASAL
Honduras, Nicaragua, Costa Rika & Sekitarnya

PENGENALAN

ikan ini dikenali sebagai kerapu lombong kerana corak pada badannya yang berbintik seakan akan ikan kerapu. Ia merupakan ikan yang berasal dari kawasan amerika tengah dibawa masuk ke negara kita sebagai ikan hiasan oleh penggusaha industri ini. Ia mudah dibiakkan dalam cuaca persekitaran negara kita. Oleh yang demikian, ia mungkin telah terlepas keluar ataupun dilepaskan oleh pemiliknya dan membiak di dalam persekitaran kita.

Ia mudah ditemui di lombong tinggal, tasik dan kolam sekitar lembah kelang, perak dan beberapa tempat lain disekitar semenanjung malaysia.


CIRI CIRI
Tergolong dalam keluarga ciclid dan merupakan spesis pemangsa yang sangat agresif serta 'teritory' terutama ketika mengawan dan mengawal ana
k.

Mempunyai bentuk badan dan fizikal seakan-akan ikan kerapu dan berbintik pada seluruh badan serta mempunyai tompok bulat hitam di bahagian tengah badan dari kepala hingga ke ekor. Ikan jantan mepunyai warna biru kejinggan di bahagian atas badan dan kepala manakala bagi ikan betina pula hanya warna putih berbintik hitam pada seluruh badan manakala saiz ikan jantan adalah lebih besar dari ikan betina.

Mampu membesar hingga mencapai panjang badan 21 hingga 24 inci dan jangka hayatnya adalah sekitar 15 tahun.

PEMAKANAN
Merupakan spesis yang kuat makan dan makan utamanya adalah benda hidup seperti anak ikan, anak udang, cacing tanah, serangga dan lain-lain.

PEMBIAKAN
Induk ikan ini akan bertelur pada kawasan rata dan berhampiran batu batu besar.
Jumlah telur yang dihasilkan pada setiap persenyawaan adalah sekitar 500 biji.
Induk jantan akan sentiasa mengawal sarangnya daripada pemangsa lain dan anaknya akan mula menetas dalam tempoh 3 hingga 5 hari.

t/b : sikap ikan ini yang agresif dan kuat makan serta cepat membiak ini boleh mengancam serta mengganggu ekosistem
hidupan akuatik asal negara kita.
sekiranya tidak dikawal, maka semakin terancam dan hilanglah spesis asal ikan dinegara kita, percayalah....


so, jangan tangkap dan lepas, tangkap dan makan...
.

Sunday, February 14, 2010

Karaoke @ Wangsawalk

Ni la aktiviti orang frust sbsb xleh balik kampung...
Orang lain smua pakat balik kampung abis, tinggai kami ja la yg tercongoh kat sini....
ptg sabtu, mukh call aku bagitau kata budak2 badminton opis aku ajak p karaoke kat wangsawalk, wangsa maju.. antara yang mai, mukh sekeluarga, harris, izra, wani, hapis n mat peng...
so, aku pun saja ja p huru harakan acara depa....

Harris, gaya dah macam hattan pun ada ni.... hahaha..

Wani tengah nyanyi...
lagu ziana zain ni kalo xsilap... hahaha...

pulun mat peng pulun...
hapis tgh bagi semangat kat dia...

Mukh sekeluarga..
baru lps dpt mc 3 hari ni....

batrisyia pun tepuk....

Sekali sekala release tension mcm ni ok gak kan?... hari2 ngadap komputer n plan pun kpala bleh naik buntu gak.. hahaha....

Saturday, February 13, 2010

Spesis Pendatang - Ikan Bandaraya


Ikan Bandaraya @ Ikan Cuci Cermin / Suckerfish / armoured catfish (hypostomus plecostomus)

HABITAT ASAL - Amerika Selatan

PENGENALAN
Ikan ni tergolong dalam famili loricariidae dan sangat terkenal dalam dunia akuatik dimana ia dianggap sebagai salah satu spesis pelengkap kitaran akuarium yang berfungsi sebagai pemakan alga pada dinding akuarium. Spesis ini dipercayai dibawa masuk ke negara kita seiring dengan peningkatan dan minat orang ramai terhadap hobi membela ikan hiasan.

Ia kelihatan comel ketika kecil iaitu ketika berukuran 2 hingga 5 inci. Tetapi apabila ia semakin besar, kebanyakan pemiliknya melepaskan ikan ini ke sungai, kolam dan lain-lain.

Ikan ini tidak boleh dimakan kerana ia mempunyai kadar toksin yang tinggi dalam badannya dan oleh sebab demikian ia mampu hidup didalam persekitaran air yang mempunyai kadar pencemaran yang tingggi.

Kini ia boleh ditemui di hampir kesemua jaringan sungai, lombong tinggal, tasik dan kolam seluruh negara.


CIRI CIRI
Boleh membesar hingga 18 inci (46 cm) dan menpunyai jangka hayat sehingga 10 hingga 15 tahun. Mempunyai kulit badan yang keras, warna hitam berbintik putih diseluruh badan dan mulut di bahagian bawah badan. Bentuk badan hampir menyamai ikan dalam keluarga 'catfish'.
Tiada perbezaan jelas antara ikan betina dan jantan.

DIET
Memakan alga yang tumbuh pada batu, kayu dan lain lain struktur dalam air.

SIFAT
Secara amnya ikan ini bersifat lemah lembut tetapi ia kekadang sedikit agresif terutamanya terhadap spesisnya sendiri.
Satu tabiat buruk ikan ini adalah ia akan menggali banyak lubang pada tebing sungai untuk pembinaan sarangnya bagi tujuan pembiakan.
Menurut
Global Enviroment Centre, ikan ini menjadi ancaman utama terhadap Sungai Klang di mana kejadian tebing sungai runtuh sering dilaporkan berlaku.

t/b : Kalo menjala kat parit kampung aku, lima kali baling jala ja, mesti dapat ikan ni sekor dua...
dah macam dapat taraf Permanent Resident (PR) dah ikan ni kat negara kita...

Friday, February 12, 2010

Spesis Pendatang - Peacock Bass

Bass Merak / Peacock Bass (cichla occelaris)

HABITAT ASAL
Amerika Selatan, Guana, Venezuela, Peru, Brazil, Colombia dan sekitarnya.

PENGENALAN
Ikan ini terkenal dengan sifatnya yang sangat agresif dan mempunyai daya lawan yang tinggi.

Ia tersenarai sebagai salah satu spesis 'gamefish' yang menjadi buruan para pemancing.
Di malaysia, ia boleh ditemui di tasik, lombong tinggal, kolam tadahan banjir dan kawasan berair bersih lain. Ia mula ditemui di sekitar perak, lembah kelang dan kini telah merebak ke tempat2 lain sekitar semenanjung. Ianya dibawa masuk ke negara kita oleh segelintir pemancing dengan tujuan untuk merancakkan lagi arena sukan pancing di Malaysia.

SIFAT
Bersifat pemangsa dan 'teritory' terutamanya dengan spesisnya sendiri. Ketika kecil, ia sangat sensitif dengan kualiti air dan pemakanan. Apabila telah mencapai panjang lebih 10 inci, ia mula menjadi ikan yang sangat agresif. Kitaran hidupnya adalah sekitar 10 hingga 15 tahun dan boleh mencapai panjang hingga 36 inci.
Ia menjadi lebih agresif apabila waktu mencari makan dan ketika mengawal anak.

PEMAKANAN
Diet utamanya adalah anak ikan, anak udang, cacing tanah dan lain-lain benda hidup.

CIRI-CIRI
mempunyai bentuk badan yang unik dimana ia mempunya bentuk kepala yang berbonjol dan warna badan yang berwarna warni. Dibahagian badan, ia berwarna kuning kehijauan dan mempunyai tompokan hitam di bahagian badan dan ekor. Berwarna kemerahan pada bahagian sirip bawah badan dan kehitaman pada bahagian ekor dan sirip bahagian atas badan.
Disamping itu, ia juga mudah dikenali kerana mempunyai mulut yang besar menghadap ke permukaan air serta sisik dibahagian badan yang halus.
Bagi ikan jantan dewasa, ia akan mula ditumbuhi boggol di bahagian atas kepala apabila matang manakala bagi betina pula tidak.

PEMBIAKAN
dalam keadaan liar, ia boleh bertelur sebanyak 10,000 biji telur dalang sarangnya yang berbentuk seperti kawah bulat yang digali dalam kawasan tebing tasik yang berlumpur ketika musim hujan. Setelah menetas, anak ikan ini akan dijaga oleh induk sehinggalah ia berusia 4 minggu.

t/b : Ikan ini membiak dengan cepat dan secara tak langsung merosakkan dan mengganggu ekosistem hidupan akuatik asal negara kita. kini, hampir kesemua tasik dan lombong tinggal kini didominasi oleh spesis ini.

Jangan tangkap dan lepas, tapi tangkap dan makan...

Wednesday, February 10, 2010

Spesis Terancam - Burung Ruak Ruak

Burung Ruak Ruak / White Breasted Waterhen (Amaurornis phoenicurus)

Akta 76/72, diperlindungi.

Burung Ruak Ruak ini merupakan spesis yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar 1972, dan mereka yang menangkapnya boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

CIRI CIRI
Burung dewasa mempunyai kelabu gelap pada bahagian belakang dan sisi, dan kepala, leher dan dada putih. Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah (cinnamon coloured). Badannya tirus menegak agar memudahkan ia menyusup melalui rimbun semak dan rumput paya. Ia mempunyai jari panjang, ekor pendek dan kaki dan paruh kuning.
Kedua jantina serupa bentuk, tetapi burung remaja lebih pudar berbanding burung dewasa.

MAKANAN
Burung ini me
makan serangga, ikan kecil, dan biji benih dan selalunya merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek.
Burung ini mudah dilihat dikawasan terbuka dan ia merupakan burung yang bising, terutamanya pada waktu subuh dan maghrib, dengan bunyi panggilan ruak ruak yang kuat.

PEMBIAKAN
Burung ini membiak dengan bertelur dan bercengkerang keras.
Ia bersarang ditempat kering di kawasan berpaya, bertelor 6-7 biji telor.

HABITAT

Burung ruak-ruak terdapat di kawasan berair, sawah padi, paya semak, kolam dan alur di hutan terbuka, paya bakau dan padang dan taman.

t/b : burung ni selalunya ditangkap menggunakan pukat burung yang dipasang dipasang sambil memainkan kaset suara burung ini. Permintaan yang tinggi terhadap daging burung ini mendorong kepada penangkapan yang tidak terkawal dan bakal menghadapi risiko kepupusan pada masa akan datang...

Friday, February 5, 2010

Badminton @ Tmn Ibukota..

semalam, lps amik wife dan anak aku dari umah pengasuh, saja nak g tengok budak2 opis aku main badminton kat taman ibukota, setapak... kalo nak diikutkan, nak join gak, tp, depa booking gelanggang awai sangat.. pukul 8 sampai pukul 10... bini aku balik kerja pun pukul 8, nak balik umah lg, tukar baju lg, nak gerak p sana pulak, pukul brapa nak sampai....
so aku p jugak, p kacau depa la..... hahaha...


Bedahari kelab ( mukh ) merangkap setiausaha Gagasan Suami Terinaya (GST) kelihatan sdg mengutip dana bagi membiayai yuran sewaan gelanggang dan modal nak beli bulu tangkis...
Fazril walaupun memegang portfolio penyelaras, kena bayar gak... kalo x, mukh akan keluarkan surat tunjuk sebab kat dia.... hahaha...


fazril berpasangan dgn su...
su punya raket bocor kot....
bulu tangkis memanjang ja lolos....


antara yang dpt menghadirkan diri..
baktiar n wife, husna n husband, izra, harris, dan hapis....


Wani berpasangan dengan mukh menentang fazril yg berpasangan dgn su....


Mat peng berpasangan dengan izra....
hahaha.. ada apa2 ka ni aaa?.....

tgh budak2 ni main, calon timbalan presiden badan amal dan sukan (BAS) bagi sesi 2010-2012 iaitu encik sulaiman (parti boya) telah datang melawat ke gelanggang untuk melihat sambutan para pemain terhadap penganjuran aktiviti riadah yg telah lama dicadang dan dirancangkan...
selain itu, mungkin dapat memancing undi coz pengundian BAS akan berlansung tidak lama lagi.. tp, sayang, coz gambar cik leman xsempat nak snap....hahaha...
so, jangan lupa no...

Undi sampai lebam.. Sulaiman Bin Ramli - Parti Boya...

Wednesday, February 3, 2010

Spesis Terancam - Puyuh Tanah



Puyuh Tanah / Barred Buttonquail (Turnix suscitator)


STATUS

Akta 76/72, diperlindungi.

Burung puyuh tanah ini merupakan spesis yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar 1972, dan mereka yang menangkapnya boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

CIRI-CIRI
Bahagian bawah badan berwarna coklat kemerahan yang ketara. Bagi jantan dewasa,
ia lebih serupa kepada betina tetapi tidak mempunyai tompok hitam pada
bahagian leher dan dada manakala bahagian bawah tongkeng pula berwarna lebih
pudar. Bagi juvenil, ia menyerupai burung jantan.

SAIZ
Panjang keseluruhan bagi burung dewasa adalah di antara 15-17.5 sm.

MAKANAN
Serangga, bijirin dan biji benih serta tumbuhan yang lain.

HABITAT
Kawasan berumput yang kering, semak samun dan kawasan pertanian, kawasan hutan
sekunder, hingga ke ketinggian 1,650 m dari aras laut.

BUNYI
Burung betina mengeluarkan siri bunyi halus dari tekak dan berulang dengan nota
seakan meletup, yang secara perlahan-lahan menjadi kuat dan berhenti secara tibatiba.

TABIAT
Mencari makanan dengan mengais tanah dan rumput.

PEMBIAKAN
Musim membiak bagi spesies ini adalah pada bulan Disember-September di mana
sarang dibina di dalam lubang yang dikorek di permukaan tanah (biasanya terdapat
bumbung yang nipis) di kawasan rumput. Telur yang dihasilkan adalah sebanyak 3-5
biji berwarna putih kekelabuan serta terdapat jalur-jalur berwarna coklat selalu
kelihatan di kawasan hujung telur. Telur ini berukuran kira-kira 24.9x20.2 mm.

t/b : time aku sekolah rendah, burung puyuh ni banyak dok melintas area semak tepi sungai dan kawasan hutan lalang..
la ni dah semakin kurang tp masih boleh lg nampak kelibat puyuh ni sekali-sekala...

Spesis Terancam - Burung Ayam-Ayam


jantan


betina

Burung Ayam-Ayam / watercock (Gallicrex cinerea)

STATUS

Akta 76/72, diperlindungi.


Burung ayam-ayam ini merupakan spesis yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar 1972, dan mereka yang menangkapnya boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Burung
jantan mempunyai bulu badan yang berwarna kehitaman dengan jalur putih pada bahagian bawah tongkeng. Paruh berwarna kuning, bahagian bawah paruh berwarna merah dengan balung merah yang panjang pada bahagian atas kepala. Tongkeng dan bahagian atas pangkal ekor berwarna coklat cerah. Semasa di luar musim membiak, burung jantan menyerupai individu betina dewasa luar musim membiak tetapi bahagian bawah badan menunjukkan satu jalur yang lebar.

Bagi burung betina pula , bahagian
atas badan berwarna coklat gelap, bahagian hujung bulu berwarna kuning pucat serta bahagian belakang tengkuk, atas belakang badan dan pangkal sayap berwarna kelabu. Bahagian sisi kepala individu ini berwarna kuning pucat manakala bahagian pipi berwarna coklat. Bahagian bawah badan berwarna putih ke kuning pucat pudar di mana warna kuning pucat ini adalah lebih gelap pada bahagian bawah hadapan tengkuk dan bahagian bawah pangkal ekor. Bahagian rengkong dan tengah perut berwarna putih. Kaki dan paruh berwarna kehijauan. Semasa di luar musim membiak, bahagian bawah badan betina dewasa mempunyai jalur-jalur yang jelas.

SAIZ

Panjang keseluruhan individu dewasa adalah di antara 36.0 - 42.0 sm. Berat 200-650 g.


MAKANAN

Serangga, ketam, amfibia, ikan dan tumbuhan.

HABITAT

Kawasan hutan paya air tawar, kawasan air yang berumput, sawah padi dan adakalanya
ditemui di kawasan hutan paya bakau, pada ketinggian sehingga ke 1,220 m dari aras laut. BUNYI Burung ini mengeluarkan 10-12 nota bunyi ogh dan kok dan 10-12 nota bunyi ootoomb atau utumb yang laju serta bunyi seakan-akan dentuman, berakhir dengan 5-6 nota bunyi kluck. Semasa dalam keadaan terancam, ia akan mengeluarkan bunyi krey yang kasar.

TABIAT

Mencari makanan di waktu pagi dan senja.

PEMBIAKAN

Mei hingga September. Sarang berbentuk cawan yang besar dan adakalanya
berbentuk kanopi di kawasan permukaan tanah atau di kawasan tumbuhan berlumpur. Telur yang dihasilkan adalah sebanyak 3-10 biji berwarna putih berkilat atau kuning pucat ke warna merah jambu dengan tompok coklat kemerahan dan jalur-jalur yang berwarna keunguan. Telur ini mempunyai ukuran di antara 39-46.6 X 32-37.8 mm.

CIRI:
Secara keseluruhannya, burung ini berwarna gelap dengan garisan putih yang
jelas di bahagian kepak dan bawah ekornya. Selain itu, ia mempunyai ciri seakanakan perisai di hadapan muka dan paruh yang merah dengan hujungnya yang berwarna kuning. Selain daripada itu, kaki dan jari kakinya juga berwarna kuning. Bagi burung juvenil, bahagian badan atas agak kecoklatan dengan paruh dan juga perisai muka hijau kecoklatan dan warna kaki yang lebih pudar.

SAIZ:
Panjang keseluruhan bagi burung dewasa adalah di antara 30.0 - 38.0 sm.
Berat 173 – 493 g.

t/b : dulu masa kecik2, burung ni banyak dok main area tepi2 bendang dan tepi paya area kampung aku..
Skrg, nak dapat jumpa sekor pun payah dah...

Tuesday, February 2, 2010

Polcadot Attack...


Nampaknya tema untuk tahun 2010 adalah 'polcadot'...
nak kata ada pesidangan putri umno, lambat lg kot... hahaha...

Sorang bini orang dan sorang lg anak dara...
ni la gelagat paizah dan su kalo posing....
kasut pun su xsempat pakai tu... nampak... hahaha...
jgn marah aaa....

Related Posts with Thumbnails